Monday, May 10, 2010

Sejarah Besut, Negeri Beraja satu masa lalu

Istana Kampung Raja, Besut, Terengganu. Warisan sejarah yang tidak ternilai.



Istana Kampung Raja, Besut, Terengganu merupakan sebuah Istana Melayu lama yang didirikan oleh sultan yang memerintah daerah Besut di Terengganu. Rumah Melayu Tradisional ini lebih dikenali dengan panggilan Istana Tengku Anjang Zahab yang terletak di Kampung Raja. Ia menghadap ke arah masjid lama dan Sungai Besut. Istana ini merupakan sebuah rumah Melayu yang konsep binaannya telah dipengaruhi oleh senibina asing seperti Riau dan Siam.



Masjid Kampung Raja, Besut dibina pada tahun 1895.



Kawasan Kampung Raja, Lampu, Kota Palembang, Kampung Pinang, Kampung Lama dan Kuala Besut sekarang, dikenali dengan panggilan jajahan Palembang lebih kurang 175 tahun yang lampau. Nama Palembang ini didapati dari panggilan orang-orang yang datang dari Palembang, Sumatera. Adalah dipercayai bahawa tempat ini hampir serupa dengan Palembang di Sumatera, dengan itu mereka memanggilnya Palembang.



Makam lama Raja-Raja Besut yang pernah memerintah Besut suatu ketika dahulu.



Sebelum tertubuhnya kerajaan Melayu Palembang kawasan ini diduduki oleh kaum Sakai di bawah ketuanya yang dikenali dengan panggilan Besut. Ketua sakai ini kemudiannya telah menukarkan tanahnya dengan seorang saudagar bernama Che Latiff. Tukarannya berupa mata kail dan batu permata. Besut kemudiannya mudek ke hulu berhampiran dengan Lubuk Bida bersama dengan orang-orangnya. Nama daerah Besut sekarang adalah diambil sempena nama ketua sakai ini.





Kronologi Sejarah Palembang (Besut)

1800- Daerah ini diduduki oleh kaum Sakai diketuai oleh Besut

1810- Palembang menjadi hak milik Che Latiff

1815- Che Latiff memberi Besut kepada Sultan Abidin pertama. Tengku Kadir dilantik menjadi Raja Palembang.

1835- Tengku Kadir mangkat dan digantikan dengan Tengku Hitam @ Ali

1837- Tengku Hitam mangkat dan diganti oleh Tengku Chik Ali.

1844- Istana diraja dibina di Palembang.

1885- Tengku Chik Haji membina istana baru bagi menggantikan istana yang terbakar.

1890- Tengku Ngah dilantik menjadi Raja Palembang terakhir.

1899- Pelembang dijadikan sebahagian dari Negeri Terengganu dan menjadu naugan British. nama Palembang ditukar dengan nama Besut.

1919- Istana Tengku Wok siap.

1926- Dilanda bah merah semasa di bawah Penasihat British.

1941- Diserang Jepun.

1945- Di bawah Komander S. Nonsisky

1956- Di bawah Penasihat British.

1957- Merdeka





sumber- Majallah Cahaya Kemajuan Sekolah Menengah Tengku Mahmud (1974)

20 comments:

yunusbhai September 21, 2011 at 7:30 AM  

Salam.
Info yang menarik dan berfaedah dari sudut sejarah Terengganu.
Tahniah dan Terima kasih.

Anonymous,  January 13, 2012 at 9:40 AM  

besut ni diperintah oleh kerabat Terengganu jugok.bkn kesultanan sendiri.yg jd kes nk keluar dr terengganu tu sbb zaman sultan omar,semua bayaran cukai hasil di daerah2 di Terengganu nk serah direct ke Sultan.dulu2 sblom tu, sultan serah ke kerabat2 dia utk kutip hasil.kira mcm ADO la.mohon betulkan fakta.xcaya tnye pengarah muzium terengganu en usop

Anonymous,  November 25, 2012 at 3:54 PM  

Agak keliru...masih ada nama2 yg TIDak disebut

Budak Palembang April 11, 2014 at 3:09 PM  

Terima kasih sudah berkongsi pengetahuan...saya asal dari Palembang Sumatra...^_^

Unknown October 1, 2015 at 10:23 AM  
This comment has been removed by a blog administrator.
Mrs.Irene Query February 18, 2016 at 11:59 PM  
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Purva Pius October 24, 2016 at 10:04 PM  

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

Anonymous,  December 19, 2016 at 11:44 PM  

kaum sakai ?? besut yg luas tu tanah hak milik seorang kaum sakai?? sebuah daerah pesisir pantai hanya ditukar dgn mata kail dan permata,hanya crita dongen unk ank2..tp klo sakai tu tukar sebuah kampung atau sebuah gunung yg banyak hidupan2 liar dan di pagar kuasa ghaib oleh sakai tu plk blh di buat sajak,sajak lbh bernilai dri crita dongen.. zaman2 kerajaan melayu dlu mereka akn berperang nak kuasai wilayah atau rampas balik wilayah mereka, kaum sakai xbrani pun nak ngaku daerah besut tu hak milik dia klo dia tak ada kekuatan pertahanan dari taklukan kerajaan2 lain yg berkuasa dan sentiasa berniat meluaskan jajahan masing2..!!

Unknown December 10, 2019 at 10:56 PM  

Info yg salah tu tuan.. Baik tnye kerabat raja besut sndri dr tnye en usop kasim ye

Unknown December 10, 2019 at 10:57 PM  

Assalam bole sy tahu nama penuh saudari

daddyofficials May 25, 2021 at 1:09 AM  

Ayah sy baru cerita yg dia besusur galur dr keturunan raja besut.. Sedang mencari waris yg ada sbb kami tgh mencari saudara mara disana..

Sue oshin August 18, 2021 at 1:35 PM  

Salam..sy pernah nk cerita ttg susur galur mak mertua saya darah keturunan Raja besut juga nama mak mertua Tengku Kamariah bt Tengku Azlan, tetapi atas sebab hal kekeluargaan byk warisan keturunan ni hilang..

IAI November 23, 2021 at 10:44 PM  

Adakah kita bersaudara? Sya pun baru tahu dr keturunan raja besut.

Anonymous,  April 17, 2024 at 11:24 PM  

Saya Dari pada susur jalur keturunan raja besut .. atok tidak ambik mana mana gelaran yg diwariskan oleh moyang .. moyang jugak tidak mendapatkan mana mana warisan yg ditinggalkan oleh ayah nya yg merupakan tuan besar di besut di kala itu.. kerana setelah ayahnya meninggal segala harta depelori oleh anak anak tiri ayahnya sekaligus adik beradik tirinya.. alhasilnya moyang saya yg merangkap anak tunggal tidak mendapatkan apa ii warisan... Terdapat banyak Lagi cerita .. ttpi hanya ini yg dapat saya ringkaskan

Anonymous,  April 17, 2024 at 11:26 PM  

Atok saya jugak Ade Kate mcm itu ... Cepat atau lambat kita .. keturunan raja besut akan bersatu ... Kerana itu tujuan org terdahulu... Menyatukan kita semua

Cinta October 31, 2024 at 6:49 PM  

Saya mimpi makam ini bernama makam kampung tengku .

Saya mimpi moyang saya tengku muda, ayahnya tengku chik..

Meninggal di terengganu dlm perjalanan menziarahi isteri di sumatera...

Boleh hubungi saya di 0164507496..

Terima kasih

Cinta October 31, 2024 at 6:50 PM  

Tengku chik dimakamkan di makam kampung tengku ke.. saya mimpi untuk membetulkan balik kedudukan makam2 tersebut....

Cinta October 31, 2024 at 6:58 PM  

Assalamualaikum kanda paduka...

Mipi doh

Salam subuh.


Pastu ada cdgn mitok pindoh makam2 buwi molep .. susun hok se se condong gitu...


Mimpi kubur tengku chik denge hok lain2 tu dkt ada tmpt namo die Makam Kg Tengku...


Dok tahu maksud mimpi ...

Tengku Chik nie ayoh Tengku Muda, tok moyang ambo...


Nie dkt kelate paduka kanda..

Bermaksud hok Di Dungung tu buke dio

google2.. kluo hok nie... Persatuan Kerabat Jembal... hurm.. hurm...

https://mysociety.ros.gov.my/societyprofile_details?sp_id=88

Anonymous,  November 20, 2024 at 8:44 PM  

Ko orang yg posting ne macam orang2 bodoh semua. Bahasa dahla tonggang langgang. Pastu mengaku keturunan raja-raja besut. Takda fakta sokongan. Apa aku baca semua berangan nak ada darah pertalian dengan keturunan raja-raja Kg Raja Besut. Sebagai permulaan nak aku terangkan..di zaman moden ini selepas lebih 100 tahun Sultan Muzafar II Sultan Riau/Lingga di halau Belanda baginda lari ke Besut ( dan byk ke tempat lain seperi Pahang, Johor dll). Keturunan akhir yg dicatatkan ialah ialah waris baginda ialah Tengku Chik Zainab cucu perempuan Tengku Long Indera Segara. Dan permulaan Raja Besut yg di catatkan ialah Sultan Mansor Shah belah Terengganu. Sapa-sapa yg ada claim ttg susur galur Raja Besut harus tahu hal ni!!! Jangan dok laklok cerita dongeng yg dia adalah keturunan Sultan Besut!

Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP