Monday, May 10, 2010

Sejarah Besut, Negeri Beraja satu masa lalu

Istana Kampung Raja, Besut, Terengganu. Warisan sejarah yang tidak ternilai.



Istana Kampung Raja, Besut, Terengganu merupakan sebuah Istana Melayu lama yang didirikan oleh sultan yang memerintah daerah Besut di Terengganu. Rumah Melayu Tradisional ini lebih dikenali dengan panggilan Istana Tengku Anjang Zahab yang terletak di Kampung Raja. Ia menghadap ke arah masjid lama dan Sungai Besut. Istana ini merupakan sebuah rumah Melayu yang konsep binaannya telah dipengaruhi oleh senibina asing seperti Riau dan Siam.



Masjid Kampung Raja, Besut dibina pada tahun 1895.



Kawasan Kampung Raja, Lampu, Kota Palembang, Kampung Pinang, Kampung Lama dan Kuala Besut sekarang, dikenali dengan panggilan jajahan Palembang lebih kurang 175 tahun yang lampau. Nama Palembang ini didapati dari panggilan orang-orang yang datang dari Palembang, Sumatera. Adalah dipercayai bahawa tempat ini hampir serupa dengan Palembang di Sumatera, dengan itu mereka memanggilnya Palembang.



Makam lama Raja-Raja Besut yang pernah memerintah Besut suatu ketika dahulu.



Sebelum tertubuhnya kerajaan Melayu Palembang kawasan ini diduduki oleh kaum Sakai di bawah ketuanya yang dikenali dengan panggilan Besut. Ketua sakai ini kemudiannya telah menukarkan tanahnya dengan seorang saudagar bernama Che Latiff. Tukarannya berupa mata kail dan batu permata. Besut kemudiannya mudek ke hulu berhampiran dengan Lubuk Bida bersama dengan orang-orangnya. Nama daerah Besut sekarang adalah diambil sempena nama ketua sakai ini.





Kronologi Sejarah Palembang (Besut)

1800- Daerah ini diduduki oleh kaum Sakai diketuai oleh Besut

1810- Palembang menjadi hak milik Che Latiff

1815- Che Latiff memberi Besut kepada Sultan Abidin pertama. Tengku Kadir dilantik menjadi Raja Palembang.

1835- Tengku Kadir mangkat dan digantikan dengan Tengku Hitam @ Ali

1837- Tengku Hitam mangkat dan diganti oleh Tengku Chik Ali.

1844- Istana diraja dibina di Palembang.

1885- Tengku Chik Haji membina istana baru bagi menggantikan istana yang terbakar.

1890- Tengku Ngah dilantik menjadi Raja Palembang terakhir.

1899- Pelembang dijadikan sebahagian dari Negeri Terengganu dan menjadu naugan British. nama Palembang ditukar dengan nama Besut.

1919- Istana Tengku Wok siap.

1926- Dilanda bah merah semasa di bawah Penasihat British.

1941- Diserang Jepun.

1945- Di bawah Komander S. Nonsisky

1956- Di bawah Penasihat British.

1957- Merdeka





sumber- Majallah Cahaya Kemajuan Sekolah Menengah Tengku Mahmud (1974)

14 comments:

yunusbhai September 21, 2011 at 7:30 AM  

Salam.
Info yang menarik dan berfaedah dari sudut sejarah Terengganu.
Tahniah dan Terima kasih.

Anonymous,  January 13, 2012 at 9:40 AM  

besut ni diperintah oleh kerabat Terengganu jugok.bkn kesultanan sendiri.yg jd kes nk keluar dr terengganu tu sbb zaman sultan omar,semua bayaran cukai hasil di daerah2 di Terengganu nk serah direct ke Sultan.dulu2 sblom tu, sultan serah ke kerabat2 dia utk kutip hasil.kira mcm ADO la.mohon betulkan fakta.xcaya tnye pengarah muzium terengganu en usop

Anonymous,  November 25, 2012 at 3:54 PM  

Agak keliru...masih ada nama2 yg TIDak disebut

Budak Palembang April 11, 2014 at 3:09 PM  

Terima kasih sudah berkongsi pengetahuan...saya asal dari Palembang Sumatra...^_^

Unknown October 1, 2015 at 10:23 AM  
This comment has been removed by a blog administrator.
Mrs.Irene Query February 18, 2016 at 11:59 PM  
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Purva Pius October 24, 2016 at 10:04 PM  

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

Anonymous,  December 19, 2016 at 11:44 PM  

kaum sakai ?? besut yg luas tu tanah hak milik seorang kaum sakai?? sebuah daerah pesisir pantai hanya ditukar dgn mata kail dan permata,hanya crita dongen unk ank2..tp klo sakai tu tukar sebuah kampung atau sebuah gunung yg banyak hidupan2 liar dan di pagar kuasa ghaib oleh sakai tu plk blh di buat sajak,sajak lbh bernilai dri crita dongen.. zaman2 kerajaan melayu dlu mereka akn berperang nak kuasai wilayah atau rampas balik wilayah mereka, kaum sakai xbrani pun nak ngaku daerah besut tu hak milik dia klo dia tak ada kekuatan pertahanan dari taklukan kerajaan2 lain yg berkuasa dan sentiasa berniat meluaskan jajahan masing2..!!

Unknown December 10, 2019 at 10:56 PM  

Info yg salah tu tuan.. Baik tnye kerabat raja besut sndri dr tnye en usop kasim ye

Unknown December 10, 2019 at 10:57 PM  

Assalam bole sy tahu nama penuh saudari

daddyofficials May 25, 2021 at 1:09 AM  

Ayah sy baru cerita yg dia besusur galur dr keturunan raja besut.. Sedang mencari waris yg ada sbb kami tgh mencari saudara mara disana..

Sue oshin August 18, 2021 at 1:35 PM  

Salam..sy pernah nk cerita ttg susur galur mak mertua saya darah keturunan Raja besut juga nama mak mertua Tengku Kamariah bt Tengku Azlan, tetapi atas sebab hal kekeluargaan byk warisan keturunan ni hilang..

IAI November 23, 2021 at 10:44 PM  

Adakah kita bersaudara? Sya pun baru tahu dr keturunan raja besut.

Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP