Monday, May 3, 2010

Alami Pengalaman Menarik Mencandat Sotong Di Terengganu




Sesiapa yang pernah datang ke Terengganu pastinya tidak akan melupakan pesisir pantai yang panjang dan memukau pandangan. Semestinya, Terengganu juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau dengan air lautnya yang jernih, pantai berpasir putih dan lambaian pohon kelapa yang gemalai. Pulau-pulau ini jauh dari kesibukan di tanah besar merupakan destinasi yang paling sesuai untuk bercuti.




Satu lagi perkara yang menarik di Terengganu ini ialah musim mencandat sotong, masa yang sesuai untuk mencandat sotong adalah dari bulan Mac hingga Julai. Terdapat pelbagai jenis sotong boleh dicandat seperti sotong ketupat, sotong jarum, sotong mengabang dan lain-lain lagi.




Gelombang Laut pastinya menjanjikan pengalaman yang tidak menggembirakan bagi mereka yang mabuk laut. Persediaan boleh dibuat dengan memakan pil mabuk laut. Namun kepada kaki pancing, ia adalah nikmat yang tidak ternilai.


Jeti Marang
Tambang ke Pulau Kapas menaiki Bot pancung RM40 (Pergi-Balik)

Kebiasaannya, kaki pancing dan pencandat sotong akan ke laut melalui jeti Marang atau jeti Chendering, kira-kira 30 minit (kira-kira 18 km) dari Kuala Terengganu. Bot juga selesa dan mematuhi peraturan keselamatan dengan menyediakan jaket keselamatan. Nilai tambang adalah antara RM 400 hingga RM 700, dan tempahan bot adalah bergantung kepada saiz bot dan rundingan dengan tuan bot.





Pencandat juga perlu mahir menduga mata candatnya. Mata candat dilabuhkan hingga ke dasar, Tali candat digerak-gerakkan ke atas dan bawah untuk menarik perhatian sotong. Jika terasa berat, tali terus ditarik.



Warna sotong ketika baru dinaikkan adalah jernih, berbeza dengan yang dibeli di pasar.Saiz sotong yang panjang dan besar mampu membuatkan kita tersenyum. Satu lagi pengalaman yang menarik adalah makan sotong di atas bot, tekong bot menyiang dan menggoreng sotong segar ini di atas bot. Ramuannya mudah, hanya mencampurkan bawang putih dan sedikit air laut ketika sotong itu digoreng. Rasanya sangat sedap, dicicah pula dengan sos cili.





Hasil yang diperoleh dibahagi-bahagikan. Hasil tangkapan bergantung kepada rezeki. Jika ada rezeki, jika kena harinya, sebuah bot mampu memperoleh 100kg> semalam.


Sewa bot Marang



*tempahan bot mestilah awal, (kalau boleh sebulan sebelum mencandat)
untuk mengelakkan tempahan penuh.
*selain mencandat, tempahan bot untuk memancing juga diterima.

*Hubungi 012-8949332 (Anis),
013-9354957 (Mat Zan), tekong bot Marang.
019-9537522 (pok joe) (bot Besar)





0 comments:

Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP