Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, September 13, 2010

Satar


Jika Negeri Johor terkenal dengan Otak-Otak Kempasnya, Terengganu juga mempunyai makanan yang mempunyai keunikan tersendiri. Satar amat terkenal di negeri-negeri Pantai Timur terutamanya di Negeri Terengganu. Ia dibuat dari isi ikan sebagai bahan utama dan amat sesuai dimakan sebagai pengalas perut di waktu petang. Satar dibuat dari ikan, kelapa, bawang, halia, lada, ditambah dengan garam dan gula sebagai pencukup rasa dan dibungkus menggunakan daun pisang menjadi bentuk kon. Satar yang siap dibungkus ini dicucuk dengan buluh dan seterusnya dibakar dengan bara api.

Dibungkus ke dalam daun pisang.

Satar yang siap dibungkus dicucuk dengan buluh untuk memudahkannya dibakar.


Bara api disediakan dengan membakar tempurung kelapa.

Satar dibakar di atas api yang tidak terlalu marak.


Sedia untuk dimakan.




Anda boleh menikmati satar ini di pelbagai tempat di Terengganu ini seperti pasar-pasar malam, Pasar Kedai Payang, Pasar Cabang Tiga, dan Satar yang paling terkenal adalah di Kampung Batu Rakit (dalam perjalanan ke Kota Bharu menggunakan laluan Pantai).



Read more...

Monday, September 6, 2010

Proses Pembuatan Keropok Keping



Ikan dikisar dan diadun bersama tepung sagu dan tepung kanji.


Keropok ikan adalah makanan yang paling terkenal di negeri-negeri pantai timur terutamanya Negeri Terengganu. Keadaan geografi semulajadi di negeri ini yang bersempadankan laut China selatan yang luas membekalkan sumber ikan yang banyak untuk proses pembuatan keropok. Selain dibuat daripada ikan, keropok juga dibuat dari udang dan juga sotong. Ia diadun tepung kanji dan tepung sagu sebagai bahan utama. Ikan yang biasa digunakan untuk membuat keropok ialah ikan selayang, parang, tamban, kerisi dan juga lolong. Kita boleh menentukan kualiti keropok yang dibuat dengan merasa keropok itu sendiri, jika keropok dibuat dengan ikan yang tidak segar, lidah kita akan terasa gatal.


Proses Pembuatan Keropok dan Keropok Keping


Ikan yang dikisar dicampur dengan tepung kanji, tepung sagu, garam, dan telur.


Setelah itu, keropok lekor dibentuk menjadi panjang mengikut ukuran yang ditetapkan.


Proses ini dibuat dengan menggunakan mesin supaya proses menggentel lebih cepat.


Keropok ini diletakkan dalam bekas khas dan direbus.


Bagi membuat keropok keping proses diteruskan lagi dengan memotong keropok yang telah direbus tadi dengan potongan yang nipis.


Keropok yang dipotong diletakkan di atas alas yang dibuat dari buluh dan di jemur sehingga kering.










Untuk Tempahan
019-9877588 (Hj Yahya)
Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut,
Besut, Terengganu.

Read more...

Tuesday, August 31, 2010

Ikan, Udang, Ketam dan Sotong Celup Tepung Pantai Penarik



Perairan negeri Terengganu yang luas menjanjikan khazanah laut yang tidak ternilai kepada penduduk negeri ini. Ini menjadikan sektor perikanan sebagai sektor yang tidak kurang pentingnya kepada pembangunan ekonomi penduduk di Negeri Terengganu ini kerana ikan atau hasil laut lain merupakan sumber protein utama kepada penduduk Malaysia amnya. Masih ada penduduk di pesisir pantai Terengganu yang bekerja sebagai nelayan pinggir pantai untuk menyara keluarga dan ada nelayan yang sudah memiliki bot besar untuk membelah laut China Selatan.

Hasil laut yang segar boleh didapati dengan mudah di sini malah boleh didapati dengan harga yang murah. Antara makanan kesukaan masyarakat di sini ialah makanan laut yang digoreng celup tepung. Ikan, udang, ketam atau sotong digoreng celup tepung dan dicicah dengan sos cili. Banyak gerai-gerai makanan hasil laut ini dibuka di tepi-tepi jalan di sekitar negeri Terengganu ini. Antara gerai yang paling terkenal ialah di sepanjang jalan di Pantai Penarik. Anda boleh singgah seketika di gerai-gerai ini ketika melalui Jalan Pantai ke Kota Bharu.


Gerai Hasnik Seri Menanti, gerai makanan laut yang paling terkenal di Penarik.



Selain ikan, udang, ketam dan sotong celup tepung ini, menu wajib yang ditawarkan di sini ialah air kelapa dan juga keropok lekor. Hidangan ini sesuai untuk minum petang bersama keluarga sambil menikmati angin Laut China Selatan di Pantai Penarik ini.



Udang Celup Tepung







Gerai Sotong Celup Tepung di sepanjang Pantai Penarik

klik imej untuk besarkan












Read more...

Friday, August 20, 2010

Kuih Bahulu Tradisional Terengganu


Kuih bahulu atau baulu merupakan makanan tradisional yang tipikal dalam kehidupan masyarakat terutamanya di Negeri Terengganu. Ia bukan sahaja terkenal ketika majlis-majlis perkahwinan atau perayaan, malah juga dinikmati ketika sarapan pagi atau minum petang.

Bekas tembaga yang digunakan untuk membuat kuih bahulu



Di negeri Terengganu ini, masih ramai pembuat bahulu, akok, kuih bakar, penganan, atau nekbat, masih menggunakan cara pembuatan tradisional, di saat ramai pengusaha kuih sudah menggunakan cara moden dalam membuat kuih. Warisan dari nenek moyang kita ini perlu dikekalkan supaya tidak hilang oleh arus pemodenan semasa. Bahan asas untuk membuat bahulu ialah telur, tepung gandum, gula pasir dan juga sedikit minyak masak atau minyak sapi.

Kulit kelapa digunakan untuk memasak kuih bahulu ini. Ia diletakkan di atas bekas tembaga tadi dan selang beberapa minit kuih bahulu akan masak dan sedia untuk dimakan.















Read more...

Tuesday, June 15, 2010

Dodol Daun Palas Kampung Batangan



Kampung Batangan, Marang sangat terkenal dengan perusahaan Dodol daun palas. Dodol daun palas sangat sinonim dengan Negeri Terengganu. Ia merupakan perusahaan turun-temurun yang terdapat di Kampung Batangan, Marang, Terengganu.


Kawah dan Dapur bata tradisional yang masih digunakan.



Daud Setaffa atau lebih dikenali sebagai Pok Din merupakan anak kepada Mak Cik Esah, antara pengusaha dodol yang paling lama di kampung Batangan ini. Terdapat lebih 30 bangsal pembuat dodol di kampung ini.


Kebiasaaanya bagi sekawah dodol, 16 kilogram tepung beras digunakan, digaul bersama 2 baldi santan, 35 keping gula melaka dan juga gula.


Gula Melaka dicampurkan.



Daun palas disalai atau dijemur untuk menghilangkan kelembapan pada daun tersebut. Daun palas yang kering sempurna akan membuatkan dodol lebih tahan sekurang-kurangnya 3 bulan. Jika tidak dodol akan mudah berkulat.


Daripada warna putih, lama kelamaan warnanya bertukar menjadi warna perang gelap. Proses ini memakan masa antara 5 hingga 7 jam.

Dodol yang telah siap. Rasanya yang manis sesuai dijadikan pencuci mulut. Selain itu, dodol daun palas ini juga sesuai dijadikan buah tangan kerana lebih lama ia disimpan lebih sedap rasanya.



*Untuk Maklumat Lanjut
dan Tempahan Hubungi :
Daud Setaffa @ Pok Din
di
019-9173810
09-6186075



Bagaimana Ke Kampung Batangan, 21600 Marang, Terengganu.

Klik imej untuk besarkan

Kampung Batangan terletak kira-kira 10 km dari bandar Marang.

Read more...

Sunday, June 13, 2010

Perusahaan Gula Melaka di Marang




Sudah 40 tahun Mak cik Esah mengusahakan pembuatan gula melaka atau lebih dikenali sebagai 'nisan' oleh masyarakat Terengganu. Sejak umurnya 15 tahun hinggalah sekarang, 'nisan' dan dodol menjadi hasil pendapatan utama bagi beliau. Menurut beliau, pembuatan makanan tradisional ini diwarisi turun-temurun dari nenek moyangnya yang berketurunan Siam.


Daun mengkuang dijemur dan diukur untuk dijadikan bekas gula melaka.


Perusahaan gula melaka ini terletak di Kampung Batangan, Marang, Terengganu.


Air tuak nipah diproses menjadi gula melaka.


Terdapat dua jenis gula melaka iaitu gula melaka tuak dan gula melaka biasa.


Pembuatan gula melaka ini memerlukan kepakaran tradisional untuk rasanya yang asli.

Proses pembuatan ini memakan masa yang agak panjang ketika mengacaunya dan agak merumitkan kerana gula melaka akan mengeras. Ia perlu diletakkan ke dalam 'keret mengkuang' (bekasnya) dengan cepat dan teliti.


Kerak gula melaka.



*Untuk Maklumat Lanjut serta
Tempahan sila hubungi 014-8012852 (Kak Zu)

Read more...

Friday, June 11, 2010

Nira Kelapa dan Nira Nipah Kampung Kelulut, Marang.



Istilah 'nyadat nyior' memang tidak asing lagi bagi masyarakat Terengganu. Ia merupakan satu teknik untuk mengeluarkan nira atau tuak dari palma ini. Mungkin, masih ada di kalangan kita masih tidak tahu bagaimana air nira dihasilkan dan bagaimana cara ia diambil dari pokok kelapa dan pokok nipah.


Mayang kelapa diikat dan dipotong hujungnya supaya tuak dapat mengalir dan dapat ditadah ke dalam suatu bekas buluh yang dinamakan 'tukil'. Namun kini, penggunaan tukil digantikan dengan botol plastik. Mayang kelapa dipotong sedikit demi sedikit sehingga nira tidak lagi keluar. Industri nira merupakan industri yang sangat terkenal di Marang, dan mempunyai kilang pengeluaran produk nipah di Kelulut, Marang, Terengganu.


Tukil yang sudah tidak digunakan.



Nira nipah dibotolkan dalam bentuk yang lebih moden.


Industri Nipah di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.


Kilang pengeluaran nipah di Kampung Kelulut menggunakan mesin-mesin moden bagi menjamin kualiti dan rasa yang asli.

Air nira kelapa dan nira nipah boleh didapati di sepanjang jalan di kampung Kelulut Marang.










Read more...
Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP