Friday, June 11, 2010

Nira Kelapa dan Nira Nipah Kampung Kelulut, Marang.



Istilah 'nyadat nyior' memang tidak asing lagi bagi masyarakat Terengganu. Ia merupakan satu teknik untuk mengeluarkan nira atau tuak dari palma ini. Mungkin, masih ada di kalangan kita masih tidak tahu bagaimana air nira dihasilkan dan bagaimana cara ia diambil dari pokok kelapa dan pokok nipah.


Mayang kelapa diikat dan dipotong hujungnya supaya tuak dapat mengalir dan dapat ditadah ke dalam suatu bekas buluh yang dinamakan 'tukil'. Namun kini, penggunaan tukil digantikan dengan botol plastik. Mayang kelapa dipotong sedikit demi sedikit sehingga nira tidak lagi keluar. Industri nira merupakan industri yang sangat terkenal di Marang, dan mempunyai kilang pengeluaran produk nipah di Kelulut, Marang, Terengganu.


Tukil yang sudah tidak digunakan.



Nira nipah dibotolkan dalam bentuk yang lebih moden.


Industri Nipah di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.


Kilang pengeluaran nipah di Kampung Kelulut menggunakan mesin-mesin moden bagi menjamin kualiti dan rasa yang asli.

Air nira kelapa dan nira nipah boleh didapati di sepanjang jalan di kampung Kelulut Marang.










1 comments:

Anonymous,  October 20, 2011 at 3:11 PM  

salam, saya nak tny pasal nira kelapa...awk ada contact number mana2 pengusaha nira kelapa??sbb saya buat research pasal nira kelapa...memang amat2 perlukan nira kelapa yang fresh dari pokok..kalau ada email eisya_binafsha@yahoo.com.thanks

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP