Tuesday, June 15, 2010

Dodol Daun Palas Kampung Batangan



Kampung Batangan, Marang sangat terkenal dengan perusahaan Dodol daun palas. Dodol daun palas sangat sinonim dengan Negeri Terengganu. Ia merupakan perusahaan turun-temurun yang terdapat di Kampung Batangan, Marang, Terengganu.


Kawah dan Dapur bata tradisional yang masih digunakan.



Daud Setaffa atau lebih dikenali sebagai Pok Din merupakan anak kepada Mak Cik Esah, antara pengusaha dodol yang paling lama di kampung Batangan ini. Terdapat lebih 30 bangsal pembuat dodol di kampung ini.


Kebiasaaanya bagi sekawah dodol, 16 kilogram tepung beras digunakan, digaul bersama 2 baldi santan, 35 keping gula melaka dan juga gula.


Gula Melaka dicampurkan.



Daun palas disalai atau dijemur untuk menghilangkan kelembapan pada daun tersebut. Daun palas yang kering sempurna akan membuatkan dodol lebih tahan sekurang-kurangnya 3 bulan. Jika tidak dodol akan mudah berkulat.


Daripada warna putih, lama kelamaan warnanya bertukar menjadi warna perang gelap. Proses ini memakan masa antara 5 hingga 7 jam.

Dodol yang telah siap. Rasanya yang manis sesuai dijadikan pencuci mulut. Selain itu, dodol daun palas ini juga sesuai dijadikan buah tangan kerana lebih lama ia disimpan lebih sedap rasanya.



*Untuk Maklumat Lanjut
dan Tempahan Hubungi :
Daud Setaffa @ Pok Din
di
019-9173810
09-6186075



Bagaimana Ke Kampung Batangan, 21600 Marang, Terengganu.

Klik imej untuk besarkan

Kampung Batangan terletak kira-kira 10 km dari bandar Marang.

7 comments:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ June 15, 2010 at 1:28 PM  

dodol perisa durian ngan dodol perisa pandan dan jagung ade buat tak? dulu pernah makan dodol dari terengganu..perh..memang sangat sedap lah..kalau ade resepi nye ..bagi sye boleh tak? hehe

syazwan safwan June 15, 2010 at 2:29 PM  

kt kg ni xde la cik aida..
resepi..tp saya tgok dia masak santan dulu..sampai santan masak..campur pulak ngan tepung beras (dah diadun)..kacau2..
pastu campur gula melaka..kacau2..
campur ngn gula..kacau2..
sampai jadi likat..

Anonymous,  August 1, 2010 at 4:28 PM  

ASSALAMUALAIKUM.
SAYA DARU UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN TERENGGANU.
KAMI BERHASRAT UNTUK MENGADAKAN PRORGRAM MENGACAU DODOL SEMPENA BULAN SYAWAL TAHUN INI.KAMI SEDANG MENCARI PENGUSAHA DODOL YANG BERHAMPIRAN UNTUK MENJADI KETUA MASAKAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.HARAP DAPAT MAKLUM BALAS DARI IHAK TUAN.TERIMA KASIH

syazwan safwan August 17, 2010 at 12:02 PM  

Waalaikumussalam..
saya amat menghargai usaha untuk mengadakan program tersebut, tetapi saya tidak pasti sama ada Pok Din menerima jemputan untuk mengetuai program ini. Anda boleh mendapatkan kepastian melalui Pok Din sendiri melalui nombor telefon yang tertera dia atas..

Prudent Partner September 6, 2010 at 11:57 AM  

Assalamualaikum. Saya teringin nak beli dodol daun palas dalam kuantiti yang banyak. berapa harga boleh dapat yer?

syazwan safwan September 23, 2010 at 3:14 PM  

Waalaikumussalam,
harga biasa rm 7.oo untuk 50 bungkus,
anda boleh mendapatkan dodol palas lebih murah jika berunding dengan Pok Din atau pengusaha Dodol lain di kampung Batangan jika mahukan kuantiti banyak..

cik ct April 30, 2016 at 9:37 PM  

Nak tanya, kalau nk beli mcm mana ya?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP