Thursday, June 17, 2010

Sejarah Bukit Tebuk, Dungun.



Pada tahun 1916, seorang ahli kajibumi Jepun telah membuat kajian di Konsesi Chemuak, Hulu Dungun. Beliau mendapati kawasan tersebut mengandungi bijih besi dalam jumlah yang banyak.



Sejak dari 1930, bijih besi mula dilombong secara besar-besaran di Bukit Besi. Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah dibina pada tahun 1935 dan disiapkan dalam tahun 1936. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa untuk mengangkut bijih besi dari Bukit Besi ke pelabuhan di Sura Gate.



Lubang keselamatan. Sekiranya keretapi melalui terowong ini, pekerja atau sesiapa yang melalui Bukit Tebuk akan menyorok di lubang ini untuk mengelakkan mereka dilanggar.



Penggunaanya sebagai laluan keretapi telah dihentikan setelah penutupan perlombongan bijih besi dan timah di Bukit Besi. Namun begitu laluan bukit ini telah digunakan penduduk setempat untuk ke Bandar Dungun.



Bagaimana ke Bukit Tebuk, Dungun, Terengganu


Klik imej untuk besarkan.

Dari Jalan Kuala Terengganu, masuk ke Jalan Bukit Besi.







4 comments:

kyo_9 June 17, 2010 at 11:46 PM  

err.. skang nih kalo g bukit tebuk tuh ade ape?

syazwan safwan June 24, 2010 at 10:25 AM  

hmm..dulunya masih ada rel keretapi, sekarang ni jalan tu dah diturap. xde apepon cuma nilai sejarah terowong ni perlu dijaga dan dihayati.

Anonymous,  June 16, 2011 at 11:53 AM  

betul ke ada sesetengah penduduk dungun percaya yg bukit nie msh ada lagi bhn2 galian,atau bhn2 dlm bumi yg msh blum diterokai oleh sesiapa?oh,ade x ttg sejarah sura gate?

syazwan safwan June 18, 2011 at 4:21 PM  

Bukit Tebuk ni hanya laluan untuk ke Bukit Besi, tiada bhn2 galian di Bukit Tebuk ini. Masih ada bijih besi yang terdapat di Bukit besi, ianya tidak lagi dijalankan secara komersial. Banyak sejarah tentang sura Gate dan Daerah Dungun di Muzim Dungun. http://www.alamiterengganuku.com/2010/06/kenali-muzium-daerah-dungun.html

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP