Negeri Terengganu sangat kaya dengan sungai-sungai dara yang belum diterokai dan belum dikomersialkan. Mungkin hanya masyarakat di sekitar kampung mengenali sungai-sungai yang terdapat di kampung masing-masing. Sungai-sungai ini berpuncakan dari banjaran gunung yang menjadi tulang belakang Malaysia. Sungai Kampung Kekabu, Pancur Merah ini mungkin langsung tidak dikenali, tetapi kawasan ini sangat cantik dan menarik.
Kadang-kala apabila sesuatu tempat itu dikomersialkan, ia membawa kesan buruk jika tidak dipantau dengan baik oleh pihak berwajib.
Sungai Pancur Merah ini terletak di Hutan Simpanan Kekal Gunung Tebu, Setiu.
Air sungai yang sangat jernih dan dingin.
Keindahan Alam ciptaan Illahi yang terbentang luas di Negeri Terengganu ini perlu disyukuri dan dinikmati dengan sebaik-baiknya. Kita sebagai khalifah di bumi ini harus mentadbir dan menjaga alam ini supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Di samping mencintai alam ini, janganlah kita lupa kepada Penciptanya.
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam". Surah Al A'raf, ayat 54.
Bagaimana ke Lata Kekabu, Pancur Merah, Setiu, Terengganu.
Klik imej untuk besarkan
Dari Kota Bharu, anda boleh menggunakan jalan utama ke Kuala Terengganu (jalan dalam), anda boleh menjadikan papan tanda ke
Peladang Setiu Agro Resort, kerana Lata Kekabu ini terletak berhampiran dengan resort ini.
Read more...