Pulau Kapas, Destinasi Percutian Bajet
Pulau Kapas terletak di Daerah Marang, kira-kira 15 minit dari Bandar Kuala Terengganu dan kira-kira 30 minit dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Perjalanan ke Pulau Kapas hanya mengambil masa 10 minit dengan menaiki bot laju dari jeti Marang. Jeti Marang menyediakan tempat parkir kereta yang selamat untuk pelancong.
Di Pulau Kapas ini terdapat beberapa resort dan chalet yang menawarkan pelbagai pakej-pakej yang menarik. Antara Resort yang terdapat di sini ialah Makcik Gemuk Beach Resort, Kapas Island Resort, Kapas Island Resort, Kapas Coral Beach, Duta Puri Island Resort, dan Gems Island Resort. Di samping itu, terdapat juga tapak perkhemahan (Harmoner Camp Site) yang menawarkan kemudahan dapur peralatan dapur, bilik air, surau, dewan, elektrik dan tapak khemah. Hanya RM11 dikenakan untuk seorang bagi sewa tapak khemah.
Pulau Kapas menawarkan percutian yang murah kerana kedudukannya sangat dekat dari tanah besar. Namun, percutian ke sini juga menjanjikan anda dengan pantai yang cantik, air laut yang jernih kebiruan, lambaian pohon kelapa yang gemalai, dan juga gua tempat berlindung burung layang-layang.
Tarikan yang paling utama di sini ialah hidupan marin seperti ikan, penyu dan juga batu karang. Pulau Kapas merupakan tempat percutian yang paling sesuai untuk merehatkan minda dan bersantai bersama keluarga dengan pelbagai aktiviti seperti snorkel, berkayak, berenang dan lain-lain lagi.
Untuk Maklumat Lanjut Hubungi :
019-9277758 (Wan Ismail Wan Abdullah).
8 comments:
Best nya Pulau Kapas.. Harap-harap dapat pergi..
mesti best ek..
sangt best..haahha
mahal x urmm...makan kt sane??
agak mahal berbanding tanah besar..
10 minit je ke Pulau Kapas dari Jetty Merang...wah teringin la nak ke sano...
Another world's wonders in the making.. Gallery BiGDee House of Magic Potions world's first nano microfungus potions- Taman Royal Lily, Tanah Rata. Come and experience the wonders!
nak tanye...awak tau ke mana-mana pakej 3d2n kat pulau kapas ni...aktiviti macam2...termasuk snorkeling...
awak pergi no bape kos ye per person...
Post a Comment