Tuesday, July 13, 2010

Taman Pertanian Negeri, Sekayu.


Taman Pertanian Negeri yang terletak di hutan Lipur Sekayu merupakan sebuah taman pertanian yang dikomersialkan utuk tujuan pelancongan di Negeri Terengganu ini. Ia terletak kira-kira 20km dari Bandar Kuala Berang.

Selain tarikan utama pengunjung ke sini untuk bermandi-manda dan menikmati udara segar, pengunjung juga boleh mengenali pelbagai jenis herba di taman herba di sini. Terdapat juga pelbagai jenis pohon buah-buahan seperti pokok durian, dokong, limau, cempedak, duku, rambutan dan lain-lain lagi. Anda boleh membeli dan menikmati buah-buahan segar di sini dengan harga yang berpatutan.


Taman air di Sekayu

Air kolam di taman air dipam dari anak sungai. Anda boleh memilih samada untuk bermandi manda di taman air atau di sungai.


Tasik di Taman Pertanian Negeri Sekayu. Pelbagai aktiviti lasak boleh dilakukan di sini seperti berkayak, flying fox, atau berenang. Pelbagai agensi kerajaan sering mengadakan perkhemahan dan aktiviti di taman pertanian Sekayu ini.



Dalam keghairahan kita bercuti atau bereakreasi, janganlah kita alpa untuk menjaga konservasi alam sekitar. Kelestarian alam sekitar haruslah dikekalkan, didiklah anak-anak kita untuk sentiasa menyayangi alam dengan tidak membuang sampah merata-rata. Alam yang indah terbentang di Negeri Terengganu ini janganlah dicemari dengan sikap tidak bertanggungjawab.





Bagaimana ke Sekayu

0 comments:

Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP