Sunday, May 9, 2010

Nikmati Panorama Pulau-Pulau Di Puncak Bukit Keluang.



Bukit Keluang terletak hanya beberapa kilometer dari Kuala Besut. Bukit Keluang merupakan pelengkap bagi pemandangan indah Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu ini. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di Bukit Keluang ini. Jika anda mahu menikmati pemandangan gugusan pulau-pulau Terengganu dari aras tinggi, dakilah Bukit Keluang ini sendiri, pastinya tidak akan menghampakan anda.


Aktiviti ini lebih menyeronokkan jika dilakukan secara beramai-ramai.


Berhenti rehat setelah penat mendaki. Pendakian hanya mengambil masa 45 minit.


Pemandangan indah dari puncak Bukit Keluang. Pastinya pendakian anda terbayar apabila anda dapat melihat dengan mata sendiri keindahan alam ciptaan Illahi.


Anda dapat melihat kampung-kampung yang berada di bawah.

Pulau Rhu, berbentuk seperti seekor ikan paus.



Pulau Perhentian dan Pulau Redang dapat dilihat dari puncak Bukit Keluang ini.






0 comments:

Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP