Friday, August 6, 2010

Pantai Teluk Bidara


Pantai Teluk Bidara terletak bersebelahan dengan Kuala Sungai Dungun. Pantai ini merupakan sebuah pantai yang cukup cantik dan menarik. Keindahan semulajadinya pasti memukau para pengunjung. Di hujung Pantai Teluk Bidara ini, terdapat sebuah bukit yang telah dibina di atasnya sebuah rumah api. Para pengunjung boleh menikmati pemandangan indah pantai ini dari puncak bukit tersebut.





Lokasi Penggambaran Drama Ulik Mayang


Pantai Teluk Bidara ini telah dipilih sebagai lokasi penggambaran drama Ulik Mayang yang bakal ditayangkan di Slot Lagenda TV3. Drama ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan watak utama drama Ulik Mayang ini ialah Elly Mazlin dan Fezrol Khan. Penggambaran drama ini bermula pada 23 Julai lalu dan berakhir pada 9 Ogos 2010. Selain Pantai Teluk Bidara, Pantai Teluk Lipat dan Pantai Teluk Gadong turut dipilih sebagai lokasi penggambaran drama ini.



Gua Kelawar


Di bawah bukit ini terbapat sebuah gua yang tidak begitu besar. Orang-orang kampung memanggil gua ini dengan nama gua Kelawar.


Para Pengunjung boleh kesana dengan kenderaan. Jarak daripada Kuala Dungun hanya 2km sahaja jika melalui jambatan yang menghubungkan Seberang Pintasan dan Kuala Dungun. Kemudahan awam seperti tandas awam, gerai jualan dan bilik persalinan disediakan di sini. Para pengunjung boleh berkhemah, mandi manda, memancing dan berjoging di panta ini.





5 comments:

Peeka Syuhada August 6, 2010 at 10:56 PM  

thumbs up for teluk bidara .

Shyma Rusli July 3, 2011 at 3:59 PM  
This comment has been removed by the author.
Shyma Rusli July 3, 2011 at 4:02 PM  

assalam ,can I ask u something ?
tau takk mcm mne teluk bidara boleh dpt name?knape dinamakn teluk bidara?

Shyma Rusli July 3, 2011 at 4:03 PM  
This comment has been removed by the author.
Unknown May 26, 2019 at 6:02 AM  

Sy org sini..teluk bidara ada emas & harta karun..nak amik harta tu blh..tapi jin penjaga suruh syirik...so x mo lah..dunia hidup x lama pon..salam💗😇

Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP