Wednesday, August 11, 2010

Bukit Keledang, Makam Lama Sultan-Sultan Terengganu


Bukit Keledang terletak dalam Bandar Kuala Terengganu dan berdekatan dengan Tokong Tian Hou, Kampung Cina, Kuala Terengganu. Ketinggiannya kira-kira 50 meter. Bukit ini telah dikenalpasti sebagai kawasan pemakaman diraja serta pembesar-pembesar negeri Terengganu yang terawal.

Binaan makam dan batu nesan menunjukkan pengaruh Aceh.


Menurut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Kesultanan Melayu di Negeri Terengganu diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin 1 atau juga dikenali sebagai Bendahara Padang Saujana. Dipercayai, sejarah kesultanan negeri ini bermula pada tahun 1725.


Bukit Keledang menjadi tapak awal sejarah kesultanan Melayu Terengganu kerana ia pernah menjadi pusat pemerintahan Sultan Terengganu yang pertama iaitu Sultan Zainal Abidin. Baginda pernah membina istana di Bukit Keledang ini yang dikenali sebagai Kota Lama.

Makam Sultan Zainal Abidin



Sultan Zainal Abidin 1 mangkat pada tahun 1723 dan jenazah baginda dimakamkan di atas Bukit Keledang ini.







Maklumat Lanjut di :

2 comments:

Harimans November 7, 2018 at 5:04 PM  

Assalamualaikum...Apakah admin mengetahui mengenai makam dari pada Sultan Indragiri yg bernama RAJA ALIE dg Gelarannya SULTAN ZAINAL ABIDIN INDRAGIRI MASA MEMERINTAH 1715-1735. Baginda Hijrah ke TERENGGANU sebelum mangkatnya kerana ada konflik di antara para Kerabat Kerajaan Indragiri.

Mr March 23, 2021 at 1:28 AM  

Hariman..... kalau Sultan dari Pagaruyung ada datang ke Terengganu.... ke Dungun.... Sultan Abdul Karim, yang menukar namanya ke nama Syeikh Qusyairi @ Sultan Nakhoda.... warisnya ada di Dungun

Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP