Perusahaan Gula Melaka di Marang
Sudah 40 tahun Mak cik Esah mengusahakan pembuatan gula melaka atau lebih dikenali sebagai 'nisan' oleh masyarakat Terengganu. Sejak umurnya 15 tahun hinggalah sekarang, 'nisan' dan dodol menjadi hasil pendapatan utama bagi beliau. Menurut beliau, pembuatan makanan tradisional ini diwarisi turun-temurun dari nenek moyangnya yang berketurunan Siam.
Daun mengkuang dijemur dan diukur untuk dijadikan bekas gula melaka.
Air tuak nipah diproses menjadi gula melaka.
Terdapat dua jenis gula melaka iaitu gula melaka tuak dan gula melaka biasa.
Proses pembuatan ini memakan masa yang agak panjang ketika mengacaunya dan agak merumitkan kerana gula melaka akan mengeras. Ia perlu diletakkan ke dalam 'keret mengkuang' (bekasnya) dengan cepat dan teliti.
Kerak gula melaka.
*Untuk Maklumat Lanjut serta
Tempahan sila hubungi 014-8012852 (Kak Zu)
4 comments:
patut lee sedap gileee
org veteran yg buattttt....
Saya gembira perusahaan ini masih diteruskan, org muda patut take up this business to continue the knowledge. Scientific studies has shown gula dari pokok palma lebih berkhasiat dan lebih baik utk kesihatan drpd gula putih yg biasa di pasaraya.
lokasi marang di mana tuan?
Kg Batangan
Post a Comment