Air Terjun Sekayu, Hutan Lipur Sekayu
Air Terjun Sekayu terletak di Hutan Lipur Sekayu di Kuala Berang Terengganu. Air terjun ini terletak kira-kira 22 kilometer dari pekan Ajil dan 16 kilometer dari pekan Kuala Berang. Terdapat 3 tingkat air terjun di sini yang membentuk kolam-kolam mandi yang menarik.
Terdapat juga kemudahan rekreasi di Air Terjun Sekayu ini seperti tapak perkhemahan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, dan juga surau. Selain itu, bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak, bolehlah berjalan di dalam hutan (jungle trekking) melalui jalan yang telah ditetapkan.
Pengunjung boleh menenangkan minda di sini serta meluangkan masa bersama keluarga.
3 comments:
terbaik la..hri tuh de pgi..haha..syok wo~~!!
bukan ade kolam renang sekayu skrang huhuu...balik kg. mesti pergi sekayu nie~
dIng dOng > syok2..
azuan > Ada jugak.. kt taman
pertanian..nanti saya postkan
pulak.
Post a Comment