Alami Aktiviti Lasak : Ekspedisi Berkayak Merentasi Pulau-Pulau Terengganu
Pada cuti semester pertengahan tahun 2009 yang lalu, Jabatan Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan telah menganjurkan XPDC Berkayak Trands Island Pulau-Pulau Terengganu Sempena sambutan 10 tahun Penubuhan Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut Terengganu. Ia adalah salah satu program menjenamakan Institut melalui gaya hidup sihat. XPDC ini telah disertai oleh guru pelatih dari opsyen Pendidikan Jasmani ambilan Januari 2008.
Melakukan pemeriksaan kayak sebelum memulakan XPDC.
Berkayak ke Pulau Bidong
Destinasi yang pertama dituju ialah Pulau Bidong. Mengambil masa 3 jam berkayak dari Pantai Merang, Setiu.
Matahari terbenam di Pulau Bidong.
Berkayak ke Pulau Redang
Setelah berehat semalaman di Pulau Bidong, kami meneruskan XPDC kayak ke Pulau Redang. Air laut yang tenang memudahkan kami berkayak. Namun begitu, tekanan tetap dirasakan kerana keletihan yang cuaca yang panas. Tambahan pula, arus laut menyebabkan kayuhan kami tersasar menyebabkan masa yang diambil menjadi lebih lama.
Tiba di Pulau Redang. Keindahan Pulau Redang menghilangkan segala penat kami berkayuh selama 3 jam tanpa henti.
Kami berkhemah di Pulau Pinang (Taman laut Pulau Redang). Pasir pantainya halus memutih dan pemandangan di sini sangat menakjubkan. Pulau Redang merupakan antara pulau yang tercantik di dunia.
Kami meneruskan kayuhan kami ke Pulau Lang Tengah. Kami bertolak seawal 7.30 pagi. Perjalanan yang panjang ke Pulau Lang Tengah sangat memenatkan. Pensyarah yang mengiringi kami menaiki dinghi menasihatkan kami supaya tidak berhenti di Pulau Lang tengah kerana dibimbang akan kehilangan momentum untuk berkayuh ke Pulau Perhentian. Kami melewati Pulau Lang tengah menuju ke Pulau Perhentian.
Setelah 7 jam berkayak dari Pulau Redang, akhirnya tiba juga kami ke Pulau Perhentian. Kami berkhemah di Pulau Perhentian Besar. Di sini, kami berehat selama dua hari, kami mengambil peluang ini untuk menikmati keindahan Pulau Perhentian. Setelah itu kami berkayak pulang ke Pantai Bukit Keluang mengambil masa 4 jam.
Kayak Empat pulau, Berita Harian, 8 Ogos 2009.
2 comments:
tumpang tanya. ekspedisi ni mengambil masa bape lama ye?
xpdc ni ambik masa 5 hari..
bermalam di pantai merang..
bertolak ke pulau bidong..tidur satu malam di pulau bidong..bertolak ke pulau redang..tido satu malam di pulau redang..bertolak ke pulau lang tengah..x berhenti di lang tengah..berhenti di pulau perhentian..tido dua malam kat sana..seterusnya bertolak ke pantai bukit kluang..
Post a Comment