Thursday, June 24, 2010

Berkhemah Di Air Berani, Pulau Perhentian


Pulau Perhentian terdiri daripada dua buah Pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Sejak dahulu lagi ia menjadi tempat rehat atau perhentian kepada bot-bot nelayan yang ingin berlindung dari monsun atau gelora laut Cina Selatan. Oleh sebab itulah, Pulau ini dinamakan Pulau Perhentian. Pulau ini juga merupakan tempat pelancongan yang menarik kerana menyajikan panorama yang indah menjadi tempat untuk pelancong menenangkan fikiran dan melupakan sejenak rutin hidup seharian. Pulau Perhentian juga terkenal di seantero dunia dan banyak dikunjungi pelancong terutamanya dari Eropah.



Di Pulau Perhentian besar ini, terdapat satu punca air tawar yang sangat menarik perhatian kerana ia membekalkan sumber air tawar semulajadi. Di Air Berani ini juga, ramai nelayan berehat dan mendapat sumber air di sini. Menurut penduduk di Pulau Perhentian, sumber air ini sangat unik kerana tidak pernah kering walau di musim panas dan ia sangat jernih, segar dan tawar, sesuai untuk diminum terus tanpa dimasak. Ia juga tidak berasa masin, walhal sumber air ini sangat dekat dengan pantai.


Banyak bot-bot nelayan yang berhenti rehat di Air Berani, Pulau Perhentian.




Berkhemah Di Air Berani, Pulau Perhentian


Pengalaman berkhemah selama 8 hari 7 malam di Air Berani, Pulau Perhentian ini menyimpan 1001 pengalaman manis yang tidak terungkap dengan kata-kata. Keindahan alam dan keunikan flora dan fauna di sini jarang didapati di tempat lain. Suatu kisah yang menarik untuk dikongsikan ialah, kisah Udang Kara di Air Berani ini, saya sendiri melihat begitu banyak udang di Kolam takungan Air Berani ini. Ketika menyuluh dengan lampu di waktu malam, dapat dilihat banyak udang yang bersaiz sederhana dan besar lari berlindung ke celah-celah batu. Menurut cerita nelayan tempatan, pernah seorang nelayan menangkap udang-udang di situ dan menggorengnya, tetapi udang itu tidak mati, malah bergerak-gerak di dalam minyak panas itu, lalu nelayan itu menghantar semula udang-udang tersebut ke Air Berani.


Melakukan aktiviti 'flying fox'.

Aktiviti 'abseiling' di Tanjung Tukah, Pulau Perhentian Besar.









6 comments:

Anonymous,  June 26, 2011 at 10:51 AM  

na tnya ad tak contact org2 kt sane?

syazwan safwan June 26, 2011 at 5:58 PM  

bagaimana maksud cik..?
org kampung di sana atau pihak resort yg ada buat pakej utk ke air berani ni..biasanya dalam pakej percutian ke pulau perhentian akan ada lawatan ke air berani ni..

munie_munifah June 30, 2011 at 2:37 PM  

erm...
sy ngah praktikal kt nst kuala terengganu..
engt na tulis sal kg air berani ny..
coz na cnfirmkan sal citer udang 2..huhu
sy da tnya YB Kuala Besut, tp dia ta taw..so, klaw awk ad contact ngn owg kt sana yg citew kt awak sal udang 2, sy egt, na contact dia...

syazwan safwan June 30, 2011 at 11:16 PM  

hmm..
xde pulak contact dengan nelayan kat sana..sebenarnya kisah ni sangat terkenal di air berani ni..dan pensyarah kami yang baik dengan nelayan2 kt sini menceritakan kisah ini kepada kami..

Unknown May 4, 2014 at 3:04 PM  

Salam..bro..aku ingat nk camping trip untuk 4orang kat pulau perhentian ni..ada tak fasiliti cam surau,tandas sewa bot dan tapak camping..

Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP