Taman Rekreasi Pantai Merang, Setiu
Pantai Merang terletak kira-kira 40 km dari Kuala Terengganu. Di sini terdapat pelbagai kemudahan untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti Perkhemahan, hari keluarga, kursus atau seminar dan bermacam lagi aktiviti luar. Taman Reakreasi Pantai Merang ini menyediakan
tapak perkhemahan, tapak sukaneka, dewan serbaguna, surau, tandas, peralatan BBQ, PA sistem dan pelbagai lagi kemudahan. Taman Reakreasi ini adalah bersebelahan dengan Pusat Ko-kurikulum Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) atau dahulunya dikenali dengan nama Universiti Darul Iman (UDM).
Institut (Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan) kami seringkali menganjurkan program di Taman Reakreasi Pantai Merang ini seperti program Perkhemahan dan juga Program Bina Insan Guru yang merupakan kursus wajib kepada kami sebagai guru pelatih. Pelbagai program perlu dirancang oleh kami sendiri sebagai persediaan untuk menghadapi situasi sebenar di sekolah kelak.
Sekiranya anda adalah seorang Guru, Ketua Jabatan atau Ketua Program yang merancang mengadakan aktiviti, Pantai Rekreasi Merang adalah salah satu tempat yang perlu ada dalam senarai anda. Keindahan alam semulajadi di sini akan melengkapkan program yang dirancang. Pastinya ia akan menjadi memori indah yang tidak akan dapat dilupakan.
Untuk Maklumat Lanjut Hubungi :
019-9136634
5 comments:
seronok jgk tempat ni....menarik
saya classmate die..tempat ini sangat menarik
traveller boleh camping ke kat sini? bayaran?
Boleh tuan..
Bawak anak isteri boleh k..khemah sendiri k..bayaran mcm mana tu
Post a Comment