Proses Pembuatan Keropok Keping
Ikan dikisar dan diadun bersama tepung sagu dan tepung kanji.
Keropok ikan adalah makanan yang paling terkenal di negeri-negeri pantai timur terutamanya Negeri Terengganu. Keadaan geografi semulajadi di negeri ini yang bersempadankan laut China selatan yang luas membekalkan sumber ikan yang banyak untuk proses pembuatan keropok. Selain dibuat daripada ikan, keropok juga dibuat dari udang dan juga sotong. Ia diadun tepung kanji dan tepung sagu sebagai bahan utama. Ikan yang biasa digunakan untuk membuat keropok ialah ikan selayang, parang, tamban, kerisi dan juga lolong. Kita boleh menentukan kualiti keropok yang dibuat dengan merasa keropok itu sendiri, jika keropok dibuat dengan ikan yang tidak segar, lidah kita akan terasa gatal.
Proses Pembuatan Keropok dan Keropok Keping
Ikan yang dikisar dicampur dengan tepung kanji, tepung sagu, garam, dan telur.
Proses ini dibuat dengan menggunakan mesin supaya proses menggentel lebih cepat.
Keropok ini diletakkan dalam bekas khas dan direbus.
Untuk Tempahan
019-9877588 (Hj Yahya)
Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut,
Besut, Terengganu.
5 comments:
woOo.. best la.. cam buat lawatan sambil belajar kat sini.. boleh try buat sendiri ni. hehe =P
nice info,nice pic..
;)
Asada > try la skali buat keropok lekor..hehe..
intan > thanks..
nice , baca n baca ingat maklumat from Bandar Kuala Terengganu tapi d . Kuala Besut .. kagum sangat dengan segala maklumat ni , nak buat lawatan la d sbbkan dkat dgn rumah :') ... nice n thks fOr infO :D
^_^ jom kita kenali keistimewaan tempat sendiri..
Post a Comment