Sunday, September 5, 2010

Solat Terawih bersama Imam Arab




Seperti tahun yang sudah, Ramadhan di Terengganu diceriakan dengan kehadiran Imam-Imam yang didatangkan khas dari Mesir dan Arab Saudi. Imam-Imam ini ditempatkan di masjid-masjid terpilih yang menjadi tumpuan ramai di sekitar negeri Terengganu ini.

Kelainan dapat dirasakan kerana bacaan Imam-Imam ini menusuk ke kalbu dan sangat menyentuh hati kerana suara bacaan Al-quran yang jelas dan merdu. Ia memberi pengalaman yang baru kepada sesiapa yang belum bergelar Haji.


(Klik untuk dengar Bacaan)


Seramai 10 Imam telah didatangkan dari Arab Saudi dan 21 lagi dari Mesir. Ini dapat meningkatkan lagi minat para jemaah untuk memenuhi masjid-masjid bagi menunaikan solat terawih. Di samping menghayati bacaan Imam, kita dapat mempelajari tajwid dan mengenali qiraat-qiraat yang berbeza dari mereka. Malah selepas lapan rakaat, masih ramai jemaah yang menyambung solat sunat Terawih ini sehingga ke 20 rakaat. Di 10 akhir Ramadhan ini, para jemaah dijemput hadir beramai-ramai berqiamulail di masjid masjid ini pada pukul 3.30 pagi. Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati.










2 comments:

Fikri Terengganu Paradise September 5, 2010 at 7:10 PM  

Alhamdulillah,

Sama-sama kita hidupkan malam-malam Ramadhan. Masjid Terapung memang pilihan saya.

Terima kasih kerana letak video Masjid Ladang dan Masjid Terapung.

Masjid Putih pun ada Imam Arab.

syazwan safwan September 6, 2010 at 1:01 PM  

sama la kita..nampak ada org ambik gambar x kat saf depan baru ni..haha..

Masjid putih buat 20 rakaat jgak kan..

Masjid kristal buat 8 je..

Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP