Tuesday, May 4, 2010

Telusuri Sungai Terengganu




Semestinya Negeri Terengganu sangat terkenal dengan Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam (TTI) yang menempatkan monumen-monumen seni binaan Islam yang terkemuka di dunia. Terletak di Kuala Terengganu, pastinya menjanjikan panorama kuala sungai yang sangat cantik dan mendamaikan pemikiran. Di samping dapat mempelajari tentang seni binaan Islam dan sejarahnya, pelawat juga boleh merasai pengalaman baru menaiki TTI Cruise (bot cantik yang disediakan di Taman Tamadun Islam).








Pengunjung dapat menikmati pemandangan Taman Tamadun Islam melalui sungai. Di samping dapat melihat flora dan fauna, pengunjung dapat juga melihat bot-bot tradisonal nelayan yang dibina dan juga yang telah siap. Kelihatan juga kanak-kanak yang bermandi-manda dan mempamerkan kehebatan aksi renang masing-masing apabila terdapat pengunjung melewati mereka.



Alami Aktiviti Lasak : XPDC Berkayak Menelusuri Sungai Terengganu

Berkayak menghilir dari Kuala Berang Ke Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu




Setelah merancang untuk mengadakan XPDC kayak, akhirnya sampai juga jejak kaki kami ke Kuala Berang, 'Bandar Bawah Tasik' yang tenang dan permai. Aktiviti ini telah dijayakan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan dan juga Persatuan Belia Kuala Berang sempena 10 tahun penubuhan IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Sungai Terengganu berpunca dari Empangan Kenyir, Empangan Terbesar di Semenanjung Malaysia.



Ekspedisi berkayak ini dimulakan di sungai yang bersempadan dengan Kampung Rahmat, Kuala Berang. Jambatan Kuala Berang menjadi saksi bermulanya kayuhan kami ke muara Kuala Terengganu. Kami memulakan aktiviti ini dengan penuh semangat dan keterujaan untuk menawan Sungai Terengganu, yang selama ini hanya disebut di bibir sahaja tanpa kami mengenali arusnya.

Berhenti rehat di Pasir Tinggi





Antara panorama yang biasa dilihat di Sungai Terengganu.





Senja di Sungai Terengganu, sungai bersejarah yang menyimpan 1001 sejarah silam.



Terdapat banyak kampung di pesisir Sungai Terengganu, antaranya ialah Kampung Kuala Kejir, Kampung Nasi Dingin, Kampung Tepu dan berbagai lagi. Penduduk Kampung di pesisir sungai ini menjadikan pertanian dan penternakan ikan air tawar sebagai sumber pendapatan.


Berhenti sembahyang di Masjid Kampung Pulau Rusa, terletak di tepian Sungai Terengganu.


Aktiviti lasak sebegini memerlukan keazaman dan mental yang tinggi di samping kudrat yang kuat kerana berkayak bukanlah semudah menaiki bot. Namun, pengalaman ini sangat penting untuk pembinaan jatidiri dan sahsiah guru pelatih IPG Kampus Sultan Mizan.



Masjid Kristal dari pemandangan berbeza



Berkayak ke Taman Tamadun Islam




Peserta Ekspedisi disambut oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, Dr Maznah Binti Abdul Samad dengan penuh kegembiraan dan senyuman yang tidak putus-putus.




Bergambar kenangan bersama Pengarah.


Ekspedisi ditamatkan dengan bacaan doa dan ucapan dari Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, dan wakil Pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) yang berharap agar program seumpama ini sering dianjurkan kerana selain dapat mempromosikan TTI dan Sungai Terengganu, para peserta dapat menikmati keindahan Negeri Terengganu. Program sebegini memerlukan komitmen dan kerjasama yang utuh dari semua pihak untuk menjayakannya.

1 comments:

Cik Pikah January 7, 2011 at 10:06 AM  

saudara..

saya berminat dengan program untuk kayak ini, dan ingta nak buat program macam ni. cuma saya ni bukan orang terengganu, so, boleh tak saya nak tanye saudara lah serba sedikit mengenai program sebegini..

please contact me at fb

"pikah kamil"
atau emel "thunder_storm757@yahoo.com"

harap sangat kerjasama dari saudara :D

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP