Monday, May 3, 2010

Alami Aktiviti Lasak : Menawan Puncak Gunung Tebu, Puncak Tertinggi Negeri Terengganu.

3/3/2010-4/3/2010


Gunung Tebu mempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki). Gunung Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Gunung Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Daerah Besut. Cabarannya, berjalan, mendaki curam, dan membawa peralatan yang berat. Namun, itu semua dapat diatasi dengan semangat membara untuk menawan puncak tertinggi di negeri sendiri ini.

Sepanjang pendakian, kami berhenti di beberapa tempat menarik yang biasa disinggahi oleh pendaki-pendaki seperti Sungai Cakah Dua, Batu Mat Hassan, dan Jendela Pandang.



Mendaki dengan botol kosong untuk mengurangkan beban, air diisikan di Sungai Cakah Dua. Airnya sangat bersih dan dingin.






Di Jendela Pandang para pendaki dapat melihat panorama indah setelah penat berjalan dan mendaki cerun bukit. Namun itu hanya separuh perjalanan ke puncak. Seolah-olah Jendela pandang menambahkan lagi semangat untuk ke puncak.


Dari Batu Mat Hasan, pendakian hanya tinggal 2.5 kilometer sahaja lagi untuk ke puncak


Di Puncak

Segala penat letih, lelah jerih terbayar apabila hawa dingin semula jadi menyucuk-nyucuk kulit ini. Semakin dekat ke puncak semakin dingin terasa. Perasaan tidak dapat digambarkan apabila tiba ke puncak ini, puncak gunung Tebu.


Keindahan ciptaan Allah. Banyak sekali pokok bonsai yang bersaiz besar terdapat di puncak gunung ini. Pokok ini sangat cantik dan unik.


Dari atas gunung Tebu ini kita dapat menikmati pemandangan yang sungguh indah. Melihat daerah Besut, juga melihat Matahari terbit dan terbenam serta merasai udara yang sangat nyaman. Bagaikan hilang segala keletihan mendaki selama 5 jam. Setelah bermalam dengan diselimuti kabus yang sangat sejuk, kami menuruni Gunung Tebu keesokan harinya, mengambil masa 3 jam.











4 comments:

Nafiri May 13, 2012 at 10:29 AM  

Gunung tertinggi di Terengganu bukan Gunung Gagau ke?

radzi_uitmjohor May 16, 2012 at 6:43 PM  

Hah ko jangan nk songeh. . .gunung tebu, gunung tebu la. . .gagau la, lady gaga la!

Ijak Kenyir August 5, 2012 at 2:34 PM  

Gunung tertingi di Terengganu ialah Gunung Lawit
1519 meter/ 4,984 kaki

Gunung Gagau
1376 meter / 4519 kaki

Gunung Tebu
1039 meter/ 3408 kaki

harap maklum..

syazwan safwan August 24, 2012 at 9:29 AM  

Terima kasih atas makluman..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP