Sunday, May 9, 2010

Kota Lama Duyung


Kunjungan anda ke Terengganu tidak akan lengkap tanpa lawatan ke Kota Lama Duyung. Kota Lama Duyung terletak di Pulau Duyong kira-kira tujuh kilometer dari pusat Bandar.



Reka bentuk Kota Lama Duyong ini mirip Istana Kecil Raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan memasukkan unsur-unsur pengaruh seni bina asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada tiang dan dinding batu. Rumah ini memperlihatkan jenis rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berepeleh, Lima Bungkus dan Potong Belanda dengan ukiran sobek di sekeliling beranda.


Bahagian dalam Kota Lama Duyung.



Kota Lama Duyung initelah dibina dalam tahun 1919 dan siap pada tahun 1920 oleh Dato' Biji Sura (Nik Muhammad Bin Hitam) yang merupakan seorang Hakim. Tukang yang ditugaskan membina kota ini terdiri daripada Melayu dan Cina Singapura. Di dalam rumah inilah diadakan kelas belajar agama dan tempat belajar mengaji Al-Quran.


Di dalam Kota Lama ini dipamerkan artifak-artifak lama seperti tembaga dan barang-barang dapur yang pernah digunakan suatu ketika dahulu. Selain itu, terdapat juga hasil kraftangan dan kisah mengenai Kota Lama Duyong ini.

Kolah dan telaga yang pernah digunakan.



Kota ini telah dibina semula kerana ianya telah rosak teruk akibat dilanda air deras ketika banjir pada tahun 1986. Pembinaan semula dibuat pada tahun 1996 dan siap pada September 1999 berdasarkan kepada reka bentuk asal tanpa sebarang pindaan.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP