Tuesday, May 4, 2010

Keunikan dan Keindahan Pulau Bidong



Pulau Bidong ialah sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia. Ia terletak di luar pantai Terengganu di Laut China Selatan. Pada 1978, sebuah kem pelarian untuk pendatang tanpa izin Vietnam telah dibina di pulau ini oleh Kerajaan Malaysia dan UNHCR. Ketika ia ditutup pada 1991, kira-kira 250,000 pelarian berada di kem sebelun diterima kebanyakannya oleh Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Perancis. Selepas kem ditutup, banyak pelarian telah dihantar pulang ke Vietnam.

-Dari Wikipedia Bahasa Melayu


Mentari terbenam di Pulau Bidong



Mungkin Pulau Bidong tidak sepopular Pulau Redang dan Pulau Perhentian, tetapi Pulau Bidong merupakan pulau di Terengganu yang mempunyai batu karang dan ikan terumbu karang yang tercantik. Pulau Bidong adalah di bawah jagaan Universiti Malaysia Terengganu yang dahulunya dikenali sebagai KUSTEM. Pulau ini telah digazetkan sebagai kawasan marin yang dilindungi.



Lawatan ke tapak peninggalan penempatan pelarian Vietnam

Mendaki bukit untuk melihat peninggalan penempatan pelarian Vietnam.


Pelarian Vietnam di Pulau Bidong ini dikenali sebagai 'Boat People'. Mereka sanggup meredah laut China Selatan menaiki bot kecil yang membahayakan keselamatan untuk datang ke Pulau Bidong ini.


Tinggalan Tokong yang dibina pelarian Vietnam yang beragama Buddha.



Rebah menyembah bumi. Pulau Bidong yang dulunya riuh rendah dengan manusia kini sepi tanpa penghuni. Kira-kira 250,000 pelarian Vietnam pernah tinggal di sini.



Replika bot ini dibina untuk mengingati mereka yang terkorban semasa dalam perjalanan ke Pulau Bidong ini. Sekarang, ramai cucu-cicit mereka yang membesar di pulau telah kembali ke Vietnam sanggup datang ke Pulau Bidong untuk melakukan upacara sembahyang kepada keluarga.

Penghargaan mereka terhadap kerajaan Malaysia yang membenarkan mereka tinggal di Pulau Bidong.


Terbinanya Tugu layar ini membawa maksud kegigihan dan keazaman mereka meredah lautan luas menuju ke Pulau Bidong.

Bergambar kenangan di Tugu Layar.



Apa tunggu lagi, rancang percutian anda. Banyak tempat menarik dan unik perlu dilawati, hanya di Negeri Terengganu, 'Di mana alam semulajadi memayungi warisan'.






P/ s

Untuk gambaran lebih jelas mengenai Pulau Bidong, taip sahaja Pulau Bidong atau Boat People di YOUTUBE

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP