Sunday, May 9, 2010

Sepetang di Pantai Teluk Ketapang


Negeri Terengganu mempunyai pesisir pantai yang panjang dan sangat cantik. Dari Kemaman hingga ke Kuala Besut, Terengganu tidak akan mengecewakan anda dengan menjanjikan panorama indah sepanjang perjalanan di negeri ini.

Pantai Teluk Ketapang terletak berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Nasaruddin Shah. Di sini, pengunjung dapat menenangkan fikiran dan menghabiskan masa dengan kenangan indah bersama keluarga tercinta. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berkelah, bermain layang-layang, menunggang kuda, serta minum petang.




Banyak gerai meyediakan juadah menarik yang sangat terkenal di negeri ini, iaitu sotong celup tepung. Makanan laut di sini sangat segar kerana pengusaha gerai mengambil hasil laut ini terus dari nelayan dari jeti berdekatan.


Air Buah Gelas Besar



Di Teluk Ketapang ini juga, terdapat satu tarikan yang sangat menarik iaitu Air Buah Gelas Besar. Gerai Air Buah Gelas Besar ini sangat terkenal di Malaysia. Ramai artis-artis dan VIP pernah merasai kelazatan air buah gelas besar di sini. Bukan sahaja harganya yang sangat murah, rasanya yang sedap pastinya membuatkan anda menempah segelas lagi.


Menikmati air buah. Gerai ini menyediakan bermacam jenis air buah. Dari buah asam boi hinggalah ke buah kurma. Di samping air buah kita juga boleh menikmati makanan Terengganu seperti Nasi Dagang, Keropok, Satar dan bermacam-macam jenis lagi.



Pelanggan-pelanggan sedang menikmati Air Buah.


Alami sendiri Keunikan dan Keindahan Terengganu. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Negeri Terengganu ini. Ianya pasti menjanjikan kenangan manis yang tidak boleh dilupakan.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP