Thursday, September 2, 2010

Seni Bonsai di Terengganu


Seni bonsai bermula di China semasa pemerintahan Dinasti Tsin (265-420). Bonsai atau juga disebut bonzai ialah amalan menanam satu spesies pokok di dalam pasu . Ia berkembang ke Jepun dan pada peringkat awal, ia hanya menjadi bahan hiasan kediaman mewah golongan elit sebelum tersebar dalam kalangan masyarakat umum negara itu.

Di Jepun, seni bonsai mempunyai kedudukan yang tinggi dan dianggap sebagai simbol kebudayaan dan keunggulan. Seni ini merebak ke Malaysia dan ia mula diminati oleh masyarakat Malaysia terutamanya kaum Tionghua. Namun begitu, ramai juga etnik-etnik lain menggilai kesenian ini. Di Terengganu pula, seni bonsai mula bertapak pada era 80-an dan dipelopori oleh Poksu Ali, Ayah Man, Tok Kluang dan rakan-rakan. Seni Bonsai ini seterusnya merebak ke Kelantan dan negeri-negeri lain.

Terengganu melahirkan pemain bonsai yang bukan sahaja dikenali di peringkat negara malah terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa, iaitu, Encik Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Sport. Antara pemain bonsai Terengganu yang terkenal ialah Pok Su Din, Mushadat dan Pok Su Ali.

Bonsai Buxus dan Asam Jawa


Bonsai Bebuas





Kekayaan alam semulajadi di Negeri Terengganu memberi inspirasi kepada pemain-pemain bonsai. Pokok-pokok ini mudah dicari di tepi-tepi pantai dan juga gugusan kepulauan Terengganu. Seni ini telah mendapat tempat dalam masyarakat dan telah mula diminati oleh golongan muda. Spesis yang paling diminati oleh pemain-pemain bonsai di Terengganu ialah Cucur Atap (Baeckea Frutescens) , Bebuas (Premma Cordiflora) , Jeliti (santalia)(Wrightia Religiosa), Pokok Kayu Hitam (Maba Buxifolia) dan juga Buxus.





Bersama Pok Su Din di tapak bonsai beliau di Kuala Besut, Besut.












6 comments:

Anonymous,  September 3, 2010 at 12:23 PM  

tgk Pok su din pom dh berseni.ehehhe

syazwan safwan September 3, 2010 at 2:41 PM  

Paling Otaii di kalangan otaii..hehe

Anonymous,  January 15, 2011 at 11:21 AM  

What a great resource!

fadlyFZ March 1, 2011 at 2:21 PM  

Raso po ajeng kelih jah tempat ni, bukan di jalan nak masuk Bukit Kluang ko ni?

syazwan safwan April 10, 2011 at 4:22 PM  

Bukan..ni kat Kuala Besut..
kt Bukit Kluang ada jugak..yang Tok Kluang punya..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP