Thursday, September 9, 2010

Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT)


Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) terletak di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Kompleks PSKT ini tersergam indah di Padang Hiliran Kuala Terengganu. Ia juga sangat berdekatan dengan Pasaraya Giant Kuala Terengganu. PSKT telah dilancarkan pada tahun 2005 oleh Menteri Besar Terengganu dan merupakan agensi kerajaan Negeri yang diletakkan di bawah Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu.


Planetarium

Laluan ke Planetarium


Percutian Pendidikan untuk Keluarga


Tarikan utama di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu ini ialah Planetarium. Ia menjadi bukti kerajaan Negeri Terengganu sangat berkomitmen dalam membangunkan pendidikan, sains dan teknologi angkasa lepas di samping mendedahkan kepada masyarakat betapa pentingnya ilmu sains terhadap perkembangan dan pembangunan negeri.

Di sini pelawat dapat menyaksikan sendiri simulasi dan dokumentari mengenai angkasa dalam 3D yang dipancarkan ke 'Dome' (Kubah). Pelawat akan dapat merasai pengalaman menjelajah ke angkasa lepas yang dipenuhi bintang-bintang, planet, meteor, dan pelbagai lagi objek yang berada dalam sistem cakerawala kita.


My PSKT



Di sini terdapat 4 buah galeri yang menempatkan pelbagai alat-alat berkaitan sains yang sangat interaktif dan berkonsepkan permainan. Pastinya, ini dapat menarik minat anak-anak atau pelajar untuk mempelajari begitu banyak perkara tentang sains. Bawalah anak-anak anda ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu ini dan alami keseronokan dunia sains.


Elektrik dan cahaya


Pusaran Graviti



Permainan Interaktif Sains


Menaiki Takal


'Crazy Crane'


Membina 'arch'





Tiket yang dikenakan untuk tayangan di planetarium amatlah berpatutan. Hanya RM 1.00 bagi kanak-kanak bawah 7 tahun. RM2.00 bagi pelajar sekolah sekolah rendah dan menengah, RM 3.00 bagi pelajar IPT dan dewasa RM 4.00.




Sebarang Pertanyaan dan Keterangan Lanjut, Sila Hubungi :
Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT)
Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
Padang Hiliran,
21100 Kuala Terengganu,

Tel : 09-6262812
Fax : 09-6264002
www.pskt.com.my

2 comments:

Mr_17 September 10, 2010 at 9:50 PM  

sesungguhnya kerajaan terengganu sgt komited dgn kemajuan sains dan teknologi supaya rakyatnya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn rakyat2 negeri2 lain dan antarabangs....

syazwan safwan September 11, 2010 at 9:10 AM  

oleh itu kita sebagai penggerak masyarakat, marilah sama-sama menggembeling tenaga supaya hasrat murni kerajaan dapat dicapai bagi melahirkan generasi berintelektual dari segenap aspek.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP