Tuesday, May 17, 2011

Trip Mencandat Sotong 2011








" Jom gi candat sotong! nak tak?" tanya seorang rakan dari Kota Bharu kepada saya. Saya baru sahaja mengenalinya. Itupun melalui blog. Saya terus menempah bot untuk mencandat sotong di Marang, Terengganu. Naik harga ke tak sewa bot ni? minyak dah beberapa kali naik. Saya membuat panggilan kepada Pok Joe (019-9537522), Tekong Bot di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang, Pok Joe menawarkan harga sama seperti tahun lepas iaitu RM6oo semalaman. Semua alatan disediakan, mata candat, tali, dan macam-macam lagi, sehinggakan mata kail untuk memancing Tenggiri pun disediakan. Beras, kopi, tea, gula dan alat memasak juga disediakan. Pok Joe juga akan memasak kari sotong untuk kami katanya.

Namun begitu, timbul kerisauan apabila pada minggu pertama bulan Mei 2011 ini, cuaca sangat tidak menentu, sekali-sekala hujan, sekali sekala panas terik, dan sekali sekala langit gelap bagaikan mahu taufan. Kata nelayan, musim ni musim angin Barat, cuacanya agak tidak menentu. Kalau ikut bulan pun, bulan separa. Sebenarnya waktu yang paling baik untuk mencandat sotong ialah semasa bulan mengambang penuh, kerana sotong amat tertarik kepada cahaya terang.



Usai solat asar, kami menaiki bot nelayan yang disewa, RM 600 sebuah bot, maknanya RM 60 seorang. "Wah!! mahalnya, baik beli sotong kat pasar je!, beberapa orang rakan bergurau apabila diajak sama untuk mencandat sotong. Walaupun harga sewa bot dikatakan agak mahal, itu bukan menjadi penghalang untuk merasai nikmat mencandat sotong di Marang, Terengganu ini, lebih jelasnya, mencandat di belakang Pulau Kapas ini.



Malam itu, cuaca sangat baik, sesekali juga bimbang apabila bot terhayun kuat oleh gelombang ombak yang sekali-sekala datang. Walaupun laut tidak bergelora, arus di bawah sangat kuat, mata candat yang dilontar pergi jauh ke belakang, tidak ke bawah. Pada pukul 3-5 pagi, arus semakin perlahan dan inilah masa yang paling sesuai untuk menaikkan sotong yang sebesar lengan. Waktu yang paling banyak sotong dinaikkan ialah pada waktu maghrib dan waktu subuh.


Bulan separa


Sotong yang gemuk, montel dan segar.


Makan sotong segar di atas Bot


Tandas yang selesa di atas bot
















7 comments:

Daniel Ihsan May 17, 2011 at 5:56 PM  

beli kat pasar dengan tangkap sendiri lain...kepuasan tangkap sendiri tak terbanding dgn duit...menarik!

Akibat Terlalu Lama Tidak Mengadakan Hubungan Suami Isteri..

diba May 20, 2011 at 4:41 PM  

wah..puasnya dpt mkan sotong besar~

syazwan safwan May 22, 2011 at 11:13 AM  

BEtul tu Daniel..
Memang puas Hati kalau dapat sotong tu sendiri..

Diba Nur..
Jom pegi Candat..

kejora May 28, 2011 at 10:57 PM  

walaupun sewa bot agak mahal, pengalaman yg diperolehi tu lebih mahal rasanya...salam ziarah..;-)

otai,  June 22, 2012 at 8:42 PM  

memang best pi dgn bot pak joe.makan ada teh /kopi pun ada baik punya

ahsfantasy24 June 29, 2012 at 10:34 AM  

saya teringin nak candat sotong ! ^^

Anonymous,  November 9, 2012 at 10:13 AM  

salam tuan.. ada no contact tuan boat??

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP