Pembuatan Bubu di Perkampungan Nelayan Marang

Pulau Kekabu, Marang merupakan perkampungan nelayan yang unik. Sehingga kini ia masih dilawati oleh pelancong tidak kira dari dalam atau luar negeri. Walaupun penduduknya telah dipindahkan ke Sungai Kerak Marang, masih ada segelintir penduduk tinggal di perkampungan ini. Mereka menjalankan aktiviti ekonomi seperti menangkap ikan dan menyewakan bot untuk pemancing serta pencandat sotong. Selain itu, pembuatan bubu untuk menangkap ikan juga merupakan pemandangan biasa di sini.

Harga sebuah bubu adalah sekitar RM 100 - RM 120. Ia digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan.

Pembuatan bubu memakan masa yang agak panjang kerana pembuatannya yang rumit dan perlu dibuat dengan teliti.

Selain menggunakan pukat, nelayan juga menggunakan bubu, umpan disangkut di dalam bubu dan dilepaskan ke dasar laut. Kebiasaanya ia ditandakan dengan bendera merah atau pelampung.










