Saturday, July 3, 2010

Menerokai keunikan Hutan di La Hot Spring



La Hot Spring, Besut Terengganu bukan sahaja terkenal dengan kolam air panas dan sungai yang cantik, malah ia juga memiliki rahsia alam yang jarang diketahui umum. Hutan simpan di La hot Spring ini mempunyai pelbagai keunikan yang sedia untuk diterokai oleh mereka yang cintakan alam dan aktiviti lasak.

La Hot Spring menawarkan aktiviti survival kem seperti jungle trekking (merentas Hutan), mengenali herba hutan, membuat jerat dan perangkap binatang, memasak nasi dalam buluh dan baju, memasak singgang batu, kursus kepimpinan dan lain-lain lagi.


Di sini anda boleh menerokai rahsia alam
yang menarik seperti :


Gua Bahtera


Kita perlu berjalan kira-kira 15 minit dari Pusat La Hot Spring untuk sampai ke sini. Uniknya gua ini ialah walaupun lubang yang dilalui agak kecil, namun mereka yang berbadan besar juga mampu melepasinya. Di dalam Gua Bahtera ini juga, terdapat anak sungai yang mengalir di dalamnya.

-klik tajuk untuk lihat video-

Perjalanan ke Sungai Hilang memakan masa 30 minit berjalan kaki dari pusat perkhemahan di La hot Spring. Sungai ini sangat unik kerana ia mengalir dari hulu dan tiba-tiba hilang di sini. Sungai ini mengalir ke dalam terowong dalam tanah dan muncul semula di sungai yang berdekatan dengan Gua Bahtera yang terletak beberapa kilometer dari sini.

Lata Berangin
Berhenti rehat dan bermandi-manda setelah penat merentas hutan.

Lata Berangin dinamakan sedemikian kerana arus air terjun yang laju dari bukit menghasilkan angin lembap yang berterusan. Kita dapat merasai percikan air halus ketika berada disini.


Batu Katak


Batu ini dinamakan sedemikian kerana bentuknya yang sama dengan katak. Seringkali terjadi di sini, imej batu katak itu hilang, tetapi imej manusia ada.





2 comments:

syazwan safwan July 5, 2010 at 2:35 PM  

batu tu mmg nampak macam katak..kt bahagian kepala..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP