Sunday, May 23, 2010

Etok-Etok (Etak)

Etak



Sejak sekian lama masyarakat yang tinggal di pesisir sungai menikmati keenakan etak atau lebih dikenali sebagai etok-etok oleh penduduk tempatan di Kelantan dan Terengganu khususnya. Mungkin masih ada di kalangan kita yang langsung tidak tahu tentang kewujudan etak ini berbanding dengan lala, kepah atau kerang.


Etak yang hidup di kawasan berlumpur berwarna kehitam manakala yang hidup di kawasan berpasir berwarna cerah.


Etak bersaiz sebesar batu kerikil dan merupakan spesis corbicula (kepah) yang hidup di dasar sungai dan terusan. Ia biasanya dijumpai di kawasan sungai yang berpasir yang telah cetek ataupun ketika sungai surut.


Etak yang dijual di Pasar Tani Jumaat, Kuala Besut, Terengganu.

Kebiasaanya ia disalai dan dicampurkan ramuan tertentu seperti serai. Etak juga boleh biasanya dibuat masak lemak.

















6 comments:

  1. first time oo dgr etak tuh..
    hihihih.

    ReplyDelete
  2. etak ni lebih kurang macam lala (remis) tapi dia duk kat sungai..

    ReplyDelete
  3. Ngide nok make etok.. cari pun sedap jgok, sambil2 main air sungai..

    ReplyDelete
  4. Nak tanya,,, pasar tani,, hr jumaat je ke? Hr lain x ada ke?

    ReplyDelete