Friday, July 30, 2010

Sejarah Bukit Besi


Bukit Besi terletak di daerah Dungun, Terengganu Darul Iman. Jarak untuk ke Bukit Besi dari Dungun ialah 33km dan 77km dari Kuala Terengganu. Bukit Besi menjadi terkenal pada suatu masa lalu kerana pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara.



Batu Bijih Besi

Pada tahun 1930, banyak binaan untuk tujuan perlombongan telah dibina dan sebuah laluan keretapi juga telah dibangunkan untuk memudahkan pengangkutan hasil bijih besi. Permintaan yang berterusan daripada syarikat keluli di Jepun mendorong pengeluaran hasil bijih besi yang lebih banyak. Pada tahun 1935, jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6000 orang. Para pekerja lombong ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India dan Jepun.



Oleh kerana pengeluaran berterusan dengan jumlah yang besar, akhirnya bijih besi mula berkurangan dan lombong Bukit Besi ini telah ditutup pada 1 Oktober 1970. Penutupan ini bukan sahaja memberi kesan kepada Bukit Besi malah turut memberi kesan kepada Bandar Dungun. Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifak sejarah dalam industri pelancongan.



0 comments:

Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP