Sunday, July 25, 2010

Batu Penyu, Bukit Che Hawa, Rantau Abang.



Batu Penyu terletak di atas Bukit Che Hawa, Rantau Abang, Dungun,Terengganu. Batu ini dikatakan berasal daripada ibu penyu yang mendarat di Rantau Abang. Ia dikatakan terlalu asyik mencari punca datangnya bauan yang wangi, keasyikan ini menyebabkan ia lupa turun ke pantai semula dan menjelang subuh ia telah bertukar menjadi batu. Oleh sebab itulah dikatakan, banyak penyu-penyu datang ke Rantau Abang kerana menziarahi ibu penyu tersebut.



Walaupun cerita ini adalah cerita 'mitos' yang mungkin tidak dipercayai, namun saya sangat terpegun dengan kedudukan Batu Penyu di Bukit Che Hawa ini. Bukit Che Hawa ini adalah puncak tertinggi yang berada paling dekat dengan pantai. Kita boleh melihat dengan jelas Pantai Rantau Abang di bawah. Seperti ada benarnya dakwaan masyarakat lalu yang mengatakan bahawa batu ini merupakan ibu atau daya tarikan kepada penyu-penyu untuk datang ke Pantai Rantau Abang ini.

Walaupun pelbagai kisah mitos berlegar di minda masyarakat, terdapat penjelasan saintifik mengapa banyak penyu datang bertelur ke Pantai Negeri Terengganu ini. Keadaan pantai Terengganu yang landai dan tidak terlalu curam menarik minat pelbagai spesis penyu datang untuk bertelur di sini. Apa yang menarik perhatian di sini ialah pendaratan penyu belimbing gergasi yang sangat jarang berlaku di tempat lain.


Bagaimana ke Bukit Che Hawa :



Bukit Che Hawa terletak berdekatan dengan Pusat Penerangan Penyu Rantau Abang. Ia terletak kira-kira 70km dari Bandar Kuala Terengganu dan 46km dari Bandar Marang dan mengambil masa 55 minit. Anda perlu masuk ke Lorong Jalan Perpindahan untuk ke Batu Penyu, Bukit Che Hawa. Anda juga boleh mendapatkan maklumat tambahan mengenai Batu penyu ini di Pusat Penerangan dan Santuari Penyu, Terengganu di talian 09-8444169.







2 comments:

duke April 4, 2018 at 10:28 AM  

Hi Mr. Syazwan safwan

i would like to use the photo of the stone turtle photo for a tamil language book in singapore. Could you please get in touch with in this email rajendran@mceducation.com.

Thank you
Raj

Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP