Monday, May 10, 2010

Kuala Besut, Transit Utama ke Pulau Perhentian




Kuala Besut merupakan sebuah pekan nelayan kecil yang terletak di Besut, Terengganu. Mengambil masa kira-kira 2 jam setengah dari Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Jeti Kuala Besut merupakan transit utama untuk ke Pulau Perhentian. Di pekan ini, pengunjung boleh memilih apa sahaja pakej yang dimahukan kerana terdapat banyak agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej di pekan ini. Banyak juga kedai-kedai yang menjual cenderamata terdapat di sini.


Di samping menjadi transit ke Pulau Perhentian, Jeti Kuala Besut juga menjadi persinggahan nelayan untuk melabuhkan bot dan kapal mereka dan memasarkan hasil tangkapan mereka ke sekitar Besut. Aktiviti menangkap hasil laut merupakan sumber pendapatan utama masyarakat di sekitar Kuala Besut ini.



Aktiviti memancing juga boleh dilakukan di sini.



Kuala Besut di kala senja berlabuh.




Jambatan Kuala Besut. Menjadi nadi penduduk untuk melakukan aktiviti seharian mereka.




Para pengunjung boleh menikmati hasil laut segar dan makanan yang sangat sedap di Dataran Kuala Besut ini sambil menikmati angin petang yang sungguh mendamaikan.




Bagaimana mahu ke Kuala Besut ?



Klik imej untuk besarkan.

Kira-kira 104 km dari Kuala Terengganu (melalui jalan pantai) dan mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan.

0 comments:

Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP