Monday, May 30, 2011

Pesta Thai


Pesta Makanan dan produk Buatan Selatan Thai telah diadakan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu pada 27 hingga 31 Mei 2o11. Begitu banyak makanan dari Selatan Thai yang mungkin tidak pernah dilihat dan dirasa oleh kita warga Malaysia dipamer, dan dijual di 'bazar' ini.


Sangat banyak makanan yang unik yang pastinya tidak biasa ditemui di Malaysia. Antaranya ialah kerabu Thai, campuran dalam kerabu ini adalah sotong, udang, bawang, rumpai laut, bebola, soo hoon, dan mungkin cuka. Ianya sangat berbeza dengan kerabu di Malaysia. Makanan ini umpama mee rebus tetapi sangat berlainan, dan rasanya sangat seimbang antara masam, pedas, dan manis.

Kemeriahan Pesta Thai


Makanan laut kering


Kraftangan yang dijual.
















Read more...

Tuesday, May 17, 2011

Trip Mencandat Sotong 2011








" Jom gi candat sotong! nak tak?" tanya seorang rakan dari Kota Bharu kepada saya. Saya baru sahaja mengenalinya. Itupun melalui blog. Saya terus menempah bot untuk mencandat sotong di Marang, Terengganu. Naik harga ke tak sewa bot ni? minyak dah beberapa kali naik. Saya membuat panggilan kepada Pok Joe (019-9537522), Tekong Bot di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang, Pok Joe menawarkan harga sama seperti tahun lepas iaitu RM6oo semalaman. Semua alatan disediakan, mata candat, tali, dan macam-macam lagi, sehinggakan mata kail untuk memancing Tenggiri pun disediakan. Beras, kopi, tea, gula dan alat memasak juga disediakan. Pok Joe juga akan memasak kari sotong untuk kami katanya.

Namun begitu, timbul kerisauan apabila pada minggu pertama bulan Mei 2011 ini, cuaca sangat tidak menentu, sekali-sekala hujan, sekali sekala panas terik, dan sekali sekala langit gelap bagaikan mahu taufan. Kata nelayan, musim ni musim angin Barat, cuacanya agak tidak menentu. Kalau ikut bulan pun, bulan separa. Sebenarnya waktu yang paling baik untuk mencandat sotong ialah semasa bulan mengambang penuh, kerana sotong amat tertarik kepada cahaya terang.



Usai solat asar, kami menaiki bot nelayan yang disewa, RM 600 sebuah bot, maknanya RM 60 seorang. "Wah!! mahalnya, baik beli sotong kat pasar je!, beberapa orang rakan bergurau apabila diajak sama untuk mencandat sotong. Walaupun harga sewa bot dikatakan agak mahal, itu bukan menjadi penghalang untuk merasai nikmat mencandat sotong di Marang, Terengganu ini, lebih jelasnya, mencandat di belakang Pulau Kapas ini.



Malam itu, cuaca sangat baik, sesekali juga bimbang apabila bot terhayun kuat oleh gelombang ombak yang sekali-sekala datang. Walaupun laut tidak bergelora, arus di bawah sangat kuat, mata candat yang dilontar pergi jauh ke belakang, tidak ke bawah. Pada pukul 3-5 pagi, arus semakin perlahan dan inilah masa yang paling sesuai untuk menaikkan sotong yang sebesar lengan. Waktu yang paling banyak sotong dinaikkan ialah pada waktu maghrib dan waktu subuh.


Bulan separa


Sotong yang gemuk, montel dan segar.


Makan sotong segar di atas Bot


Tandas yang selesa di atas bot
















Read more...

Sunday, May 8, 2011

Pantai Mangkuk, Setiu



Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa Pantai yang paling tenang dan cantik di Negeri Terengganu ini ialah tiga pantai yang bersempadan iaitu Pantai Bari, Pantai Penarik dan Pantai Mangkuk (nama kampung). Deretan pantai ini terletak di Penarik, dalam daerah Setiu. Seperti daerah-daerah tepi pantai lain di Terengganu ini, suasana yang biasa dilihat adalah nelayan yang baru pulang dari laut dan juga budak-budak pantai yang berlari-lari dan bermain-main sesama mereka. Kalaulah dapat kembali ke masa lalu, ingin sekali saya melihat pantai-pantai ini lebar dan luas tanpa hakisan. Menjadi tabiat kanak-kanak yang tinggal di tepi pantai, seperti juga saya dahulu, bermain-main di tepi pantai, mencari-cari remis dan juga kulit telur sotong. Perkara yang wajib semestinya bermandi-manda.


Rumah Melayu Tradisional di Terrapuri Resort




Di Pantai Mangkuk ini, terdapat sebuah resort yang menempatkan rumah-rumah Melayu tradisional Terengganu. Menurut Abang Li, pengawal Terrapuri Resort ini, rumah-rumah tradisional Melayu Terengganu ini dibawa dari kampung-kampung lama Terengganu seperti Kampung Paloh, Manir, Losong dan pelbagai kampung lagi di Terengganu ini, dan nama-nama rumah ini dinamakan mengikut tempat di mana rumah itu diambil. Resort ini mengandungi 29 buah rumah yang juga diinpirasikan daripada senibina Melayu dari abad ke 17. Terrapuri akan mula dibuka kepada tempahan umum mulai 1 Jun 2011 ini.



Di sekitar kampung ini juga terdapat sungai dan paya bakau yang menjadi habitat kepada haiwan seperti tuntung dan juga kunang-kunang, menurut Abang Li lagi, ramai penduduk di kampung ini menjadi ayah dan ibu angkat kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Terengganu (dahulunya dikenali sebagai Kustem) yang menjalankan kajian mengenai hidupan laut dan sungai di sini. Malah, terdapat penyelidik dari luar negara seperti Amerika dan China turut menjalankan kajian yang sama.



Sampan dan Rumah Lama yang menghadap laut cina selatan, simbol keunikan Terengganu.




Sungai di Kampung Mangkuk



















Read more...

Mengiklan di alamiterengganuku.com



Mengiklan di Alamiterengganuku.com


Terengganu telah menjadi hub pelancongan yang paling terkenal di negara ini. Dengan keindahan alam semulajadi di Terengganu ini memberikan 1001 tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Banyak tempat-tempat menarik di Terengganu yang boleh dilawati dan pelbagai pengalaman menarik boleh dialami di sini. Dengan wujudnya begitu banyak blog-blog mengenai pelancongan di Terengganu ini akan dapat memberikan panduan berguna kepada pelancong untuk datang ke sini.

Saya pasti ada yang ingin turut serta dalam blog ini untuk faedah bersama. Oleh itu, saya membuka ruang iklan untuk tujuan tersebut.


Iklan Berartikel (bergambar)
Harga : RM 190
  • Iklan anda berada di blog ini selama mana blog ini wujud. Label anda akan diletakkan di sebelah kanan blog (selama 1 tahun).
  • Dalam Negeri Terengganu sahaja.
  • Pakej meliputi Fotografi dan artikel ditulis oleh saya sepenuhnya.


Iklan Pautan
Harga : RM 50 (3 Bulan)
  • Label anda diletakkan di blog ini dan dipautkan ke blog anda.



Untuk Beriklan dan pertanyaan lanjut:
Hubungi saya di 013-9351930 atau e-mail di
syazwan_safwan@yahoo.com












  • Mana-mana pengusaha produk pelancongan yang ingin memuatkan informasi mengenai produk atau perkhidmatan mereka menghubungi saya untuk maklumat lanjut.





Berita Harian



Utusan










Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP