Kelab Golf Bukit Besi
Padang Golf Tasik Puteri terletak bersebelahan dengan Tasik Puteri, Bukit Besi. Kawasan ini telah dibangunkan awal 1991 dan siap pada tahn 1998. Padang Golf ini berkeluasan 74 hektar dengan berkonsepkan rimba. Panjang keseluruhan 18 lubang ialah 6,058 meter dengan Par 72. Tarikan utama di sini ialah lapangan yang cantik, mampu menarik ramai Golfer untuk mencuba bermain di sini.

Terdapat kemudahan penginapan untuk para Golfer di sini iaitu hotel Orkid Puteri yang menawarkan bilik-bilik dengan harga yang berpatutan.
Di 9 lubang pertama, para golfer akan berhadapan dengan fairway yang agak panjang dan luas. Para golfer juga akan dihalangi oleh bunker dan tasik semulajadi yang akan memberi cabaran maksima kepada pemain. Di 9 lubang kedua pul, para golfer akan diuji dengan fairway yang pendek dan sempit. Keadaan mukabumi yang beralun memerlukan ketepatan setiap kali pemain membuat pukulan.
Untuk Tempahan sila Hubungi :
Encik Fauzi Bin Abdul Rahman
Tel 019-9564760
atau
Bahagian Pelancongan & pembangunan Tasik Kenyir
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
Karung Berkunci No. 3
23409 Al mukhtafi Billah Shah
Dungun, Terengganu
Tel 09-8223100 Fax : 09-8223104
2 comments:
kelab golf desa dungun xgi kew..hahaha
aiyaa..x ingat la..
padahal gi aritu..
Post a Comment