Sunday, August 8, 2010

Galeri Sejarah Bukit Besi


Galeri sejarah Bukit Besi terletak di Bandar Bukit Besi, Terengganu Darul Iman. Kedudukan Bandar Bukit Besi dari Kuala Terengganu adalah sejauh 77km dan 33km dari Bandar Dungun. Galeri ini telah diwujudkan untuk mengenang kembali kegemilangan perlombongan bijih besi di Bukit Besi suatu ketika dahulu.



Walaupun lombong bijih besi telah ditutup banyak artifak perlombongan telah ditinggalkan, menunjukkan bukti kegemilangan dan kepentingan perlombongan bijih besi terhadap kemajuan Bukit besi dan juga perkembangan Daerah Dungun.







Galeri ini diwujudkan untuk membolehkan generasi muda menghayati kembali sejarah perlombongan bijih besi ini. Selain itu, galeri ini boleh menjadi sumber rujukan ilmu kepada pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa-mahasiswi universiti dan juga masyarakat awam.






Kronologi Sejarah Bukit Besi


1916 - Ahli Kajibumi Jepun, Mr Kuhara datang ke Dungun membuat Kajian di Chemuak, Hulu Dungun. Hasil kajian menunjukkan wujudnya bijih Besi dalam jumlah yang banyak di kawasan tersebut.

1925 - Syarikat Kuhara Mining Ltd membuka lombong di Machang Setahun

1929 - Kerajaan Terengganu secara rasminya telah mengeluarkan 'Mining Lease' kepada syarikat Kuhara Mining Ltd. Dengan keluasan 1080 ekar.

1930 - Pengurus lombong pertama R . Kunada memulakan tugas dalam bulan April. Jalan kereta api Dungun-Bukit Besi dapat disiapkan di stesen Che Lijah. Beberapa tahun kemudian, berlaku
pemberhentian pekerja kerana kurang permintaan.

1934 - Keadaan pulih semula dan permintaan semakin bertambah. Pekrja yang diberhentikan diambil semula dan pekerja baru ditambah.

1935 - Jumlah penduduk di Bukit Besi meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja).

1936 - sebuah terowong di Bukit Tebuk dapat disiapkan. Tempat memunggah bijih dipindahkan dari Che Lijah ke Nibong.

1938 - Pekerja Cina berhenti kerja beramai-ramai kerana wujudnya sentimen anti-Jepun akibat dari peperangan yang berlaku antara Jepun dan China, mengakibatkan syarikat perlombongan hampir lumpuh. Pekerja baru terpaksa dicari, kebanyakannya diambil terus dari India.

1945 - Berakhirnya perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC pada akhir tahun 1945.

1946-1948 - Tiada aktiviti perlombongan kerana tiada permintaan dan darurat.

1948 - Kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO) pada bulan Ogos.

1950 - Kegiatan perlombongan oleh EMMCO dijalankan secara besar-besaran, kesan daripada peperangan dan bertambahnya permintaan dari Jepun.

1.10.1970 - Lembaga Pengarah EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong bijih besi.






Sumber,
Galeri Sejarah Bukit Besi,
Pejabat KETENGAH,
Bandar Bukit Besi, Dungun,
Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-8337217 / 219 Fax : 09-8337217

Waktu Lawatan :
Sabtu-Khamis : 9.00pg -4.00ptg
Jumaat : Tutup
Cuti Umum : Tutup

1 comments:

He is The Way June 5, 2022 at 10:40 PM  

Sentimental.
I grew up in this mining town from 1956 to 1966.
Went to school first in Sekolah Kebangsaan Bukit Besi then to Bukit Besi English School.Standard 6 in 1964. Studied then at Dungun English School. Moved back to Parit Buntar in 1966 when the company started retrenching workers. My father who worked as the main Storekeeper stayed on till 1973 and my cousin stayed on till 1977.

Dr.Das

Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP