Friday, July 30, 2010

Sejarah Bukit Besi


Bukit Besi terletak di daerah Dungun, Terengganu Darul Iman. Jarak untuk ke Bukit Besi dari Dungun ialah 33km dan 77km dari Kuala Terengganu. Bukit Besi menjadi terkenal pada suatu masa lalu kerana pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara.



Batu Bijih Besi

Pada tahun 1930, banyak binaan untuk tujuan perlombongan telah dibina dan sebuah laluan keretapi juga telah dibangunkan untuk memudahkan pengangkutan hasil bijih besi. Permintaan yang berterusan daripada syarikat keluli di Jepun mendorong pengeluaran hasil bijih besi yang lebih banyak. Pada tahun 1935, jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6000 orang. Para pekerja lombong ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India dan Jepun.



Oleh kerana pengeluaran berterusan dengan jumlah yang besar, akhirnya bijih besi mula berkurangan dan lombong Bukit Besi ini telah ditutup pada 1 Oktober 1970. Penutupan ini bukan sahaja memberi kesan kepada Bukit Besi malah turut memberi kesan kepada Bandar Dungun. Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifak sejarah dalam industri pelancongan.



Read more...

Wednesday, July 28, 2010

Sungai Kampung Ulu Kekabu (Lata Kekabu), Pancur Merah, Setiu, Terengganu.




Negeri Terengganu sangat kaya dengan sungai-sungai dara yang belum diterokai dan belum dikomersialkan. Mungkin hanya masyarakat di sekitar kampung mengenali sungai-sungai yang terdapat di kampung masing-masing. Sungai-sungai ini berpuncakan dari banjaran gunung yang menjadi tulang belakang Malaysia. Sungai Kampung Kekabu, Pancur Merah ini mungkin langsung tidak dikenali, tetapi kawasan ini sangat cantik dan menarik.


Kadang-kala apabila sesuatu tempat itu dikomersialkan, ia membawa kesan buruk jika tidak dipantau dengan baik oleh pihak berwajib.

Sungai Pancur Merah ini terletak di Hutan Simpanan Kekal Gunung Tebu, Setiu.



Air sungai yang sangat jernih dan dingin.


Keindahan Alam ciptaan Illahi yang terbentang luas di Negeri Terengganu ini perlu disyukuri dan dinikmati dengan sebaik-baiknya. Kita sebagai khalifah di bumi ini harus mentadbir dan menjaga alam ini supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Di samping mencintai alam ini, janganlah kita lupa kepada Penciptanya.

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam". Surah Al A'raf, ayat 54.




Bagaimana ke Lata Kekabu, Pancur Merah, Setiu, Terengganu.

Klik imej untuk besarkan

Dari Kota Bharu, anda boleh menggunakan jalan utama ke Kuala Terengganu (jalan dalam), anda boleh menjadikan papan tanda ke Peladang Setiu Agro Resort, kerana Lata Kekabu ini terletak berhampiran dengan resort ini.





Read more...

Tuesday, July 27, 2010

Lorong-Lorong Bersejarah Kampung Cina, Kuala Terengganu.


Warisan bersejarah Kampung Cina merupakan salah satu aset pelancongan yang sangat bernilai bagi rakyat Negeri Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Ia bukan hanya sekadar tinggalan sejarah oleh generasi lalu, malah warisan yang sangat berharga ini perlu dihayati dan kisahnya perlu diketahui oleh kita, terutamanya generasi muda yang bakal mewarisi tanah air ini. Saya sangat tertarik dengan sebuah ungkapan yang selalu disebut oleh Tun Dr Mahathir, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang menyebut;

"Sesebuah bangsa yang tidak mahu belajar dari sejarah, akan tewas dengan melakukan kesilapan yang sama"

"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it"



Lorong-Lorong Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Lorong Mesra Alam



Dari Kampung Cina ini ditunjukkan arah mercu-mercu tanda yang terkenal di dunia seperti Menara Berkembar Petronas, Piramid Chichen Itza, Machu Picchu dan The Christ Redeemer.


Lorong Tou Kay Wee Sin Hee

Lorong Warisan
Di Lorong Warisan ini dipaparkan banyak info sejarah mengenai Kampung Cina.


Model-model binaan bersejarah dunia seperti Taj Mahal, Great Wall of China, Khazneh, Petra dan berbagai lagi.

Lorong yang memperkenalkan pemimpin-pemimpin tersohor negara yang berbangsa Tionghua.













Read more...

Monday, July 26, 2010

Menjengah DJ bertugas di Terengganu FM


Pusat Penyiaran Terengganu FM terletak di atas Bukit Pak Apil Kuala Terengganu. Ia telah memulakan penyiarannya pada tahun 1975. Bangunan Jabatan Penyiaran wilayah Timur ini, setinggi empat tingkat berdiri megah di Bukit Pak Apil dilengkapi bilik siaran (konti), bilik rakaman, auditorium, dan juga pejabat pentadbiran. Anda boleh mendengar radio ini di frekuensi 88.7 di Kuala Terengganu dan Marang, 97.7 di Dungun dan Kemaman, 96.2 di Besut dan Setiu, 90.0 mhz di Kemaman.



Terengganu fm telah menerbitkan sebuah rancangan khas Radio yang khusus untuk mendedahkan penuntut-penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada dunia penyiaran Radio iaitu Suara Kampus. Saya berkesempatan ke Terengganu FM bersama DJ Kampus Institut Perguruan Sultan Mizan, iaitu Arif dan Wan Norlail . Dalam rancangan suara kampus ini juga, DJ Kampus diberi peluang untuk menghebahkan aktiviti-aktiviti IPT masing-masing.


Yang Dipertua Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, merangkap DJ Kampus Institut.


Konti Terengganu FM





Kepada Dj Kampus yang ingin bersiaran, sila hubungi penerbit Suara kampus di talian mesra 0139274110 atau 096222200 sambungan 229.



Read more...

Sunday, July 25, 2010

Batu Penyu, Bukit Che Hawa, Rantau Abang.



Batu Penyu terletak di atas Bukit Che Hawa, Rantau Abang, Dungun,Terengganu. Batu ini dikatakan berasal daripada ibu penyu yang mendarat di Rantau Abang. Ia dikatakan terlalu asyik mencari punca datangnya bauan yang wangi, keasyikan ini menyebabkan ia lupa turun ke pantai semula dan menjelang subuh ia telah bertukar menjadi batu. Oleh sebab itulah dikatakan, banyak penyu-penyu datang ke Rantau Abang kerana menziarahi ibu penyu tersebut.



Walaupun cerita ini adalah cerita 'mitos' yang mungkin tidak dipercayai, namun saya sangat terpegun dengan kedudukan Batu Penyu di Bukit Che Hawa ini. Bukit Che Hawa ini adalah puncak tertinggi yang berada paling dekat dengan pantai. Kita boleh melihat dengan jelas Pantai Rantau Abang di bawah. Seperti ada benarnya dakwaan masyarakat lalu yang mengatakan bahawa batu ini merupakan ibu atau daya tarikan kepada penyu-penyu untuk datang ke Pantai Rantau Abang ini.

Walaupun pelbagai kisah mitos berlegar di minda masyarakat, terdapat penjelasan saintifik mengapa banyak penyu datang bertelur ke Pantai Negeri Terengganu ini. Keadaan pantai Terengganu yang landai dan tidak terlalu curam menarik minat pelbagai spesis penyu datang untuk bertelur di sini. Apa yang menarik perhatian di sini ialah pendaratan penyu belimbing gergasi yang sangat jarang berlaku di tempat lain.


Bagaimana ke Bukit Che Hawa :



Bukit Che Hawa terletak berdekatan dengan Pusat Penerangan Penyu Rantau Abang. Ia terletak kira-kira 70km dari Bandar Kuala Terengganu dan 46km dari Bandar Marang dan mengambil masa 55 minit. Anda perlu masuk ke Lorong Jalan Perpindahan untuk ke Batu Penyu, Bukit Che Hawa. Anda juga boleh mendapatkan maklumat tambahan mengenai Batu penyu ini di Pusat Penerangan dan Santuari Penyu, Terengganu di talian 09-8444169.







Read more...

Balai Cerap Kusza (UNISZA)



Balai Cerap KUSZA terletak di Bukit Merang, Merang, Setiu. Ia terletak kira-kira 39km dari Kuala Terengganu, dan memakan masa kira-kira 36 minit untuk ke sana.


Di Balai cerap ini pelbagai aktiviti falak dijalankan seperti mencerap lunar(bulan), cerap planet dan juga kajian fenomena langit. Di samping itu, Balai cerap ini dibuka untuk sesiapa yang berminat menjalankan sebarang aktiviti Astronomi.



Bagi sesiapa yang meminati atau mula berjinak-jinak dengan ilmu falak dan astronomi, bolehlah melawat Planetarium Terengganu atau membuat permohonan untuk melakukan aktiviti falak di Balai Cerap Kusza(Unisza) ini.



Balai Cerap ini dikendalikan oleh Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (sebelum ini dikenali dengan nama Universiti Darul Iman Malaysia UDM)



Pemandangan dari atas Bukit Merang sangat mengagumkan. Dapat dilihat dari atas bukit ini, jeti Merang, jeti untuk ke Pulau Redang.







Permohonan untuk mengadakan lawatan boleh dikemukakan kepada :

Ketua Unit Falak
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Kampus KUSZA
Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
(u.p En Syahril Hirman bin Azmee)

Tel: 09-6531152 (B. Cerap)
Fax: 09-6531194
Emel: falak@udm.edu.my




Bagaimana ke Balai Cerap Kusza, Merang, Setiu.

Klik Imej untuk besarkan


Dari Kuala Terengganu (melalui jalan Pantai) anda boleh menaiki bas henti-henti SP Bumi (Kuala Terengganu-Jertih)
(Kuala Terengganu-Kuala Besut). Anda perlu berhenti di Kampung Merang.
Atau anda boleh menyewa teksi di Stesen Teksi Kuala Terengganu).

Read more...

Thursday, July 22, 2010

Hutan Lipur Lata Belatan


Hutan Lipur Lata Belatan terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, di Daerah Besut. Hutan Lipur ini terletak kira-kira 24 km dari Bandar Jertih dan 118 km dari Kuala Terengganu.



Gunung Tebu merupakan Gunung yang tertinggi di Negeri Terengganu (1097m dari aras laut). Ia merupakan tarikan utama bagi pendaki-pendaki yang ingin mencabar mental dan fizikal dengan mendaki gunung ini. Selain itu, lata belatan juga menawarkan tempat rekreasi terbaik dan selamat bersama keluarga kerana airnya tidak sedalam dan sederas Lata Tembakah.



Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah menenangkan fikiran, berkelah bersama keluarga, berkhemah, menyusuri sungai, jungle trekking atau mendaki gunung. Kadar bayaran bagi perkhidmatan di Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu RM2 (tapak Perkhemahan), RM5 (bagi pendakian gunung tebu setiap seorang).



Air di sungai Lata Belatan ini sangat tenang dan jernih.




Maklumat Lanjut
tentang Penginapan :

Abdul Aziz Bin Jusoh
012-9578075

Azran Abdul Aziz
012-2431578

Lata Belatan, Jabi, 22020 Jerteh,
Besut, Terengganu, Malaysia
Tel: 09-6976110
Gunungteburesort_88@yahoo.com


Read more...

Saturday, July 17, 2010

Pulau Kapas, Destinasi Percutian Bajet


Pulau Kapas terletak di Daerah Marang, kira-kira 15 minit dari Bandar Kuala Terengganu dan kira-kira 30 minit dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Perjalanan ke Pulau Kapas hanya mengambil masa 10 minit dengan menaiki bot laju dari jeti Marang. Jeti Marang menyediakan tempat parkir kereta yang selamat untuk pelancong.



Di Pulau Kapas ini terdapat beberapa resort dan chalet yang menawarkan pelbagai pakej-pakej yang menarik. Antara Resort yang terdapat di sini ialah Makcik Gemuk Beach Resort, Kapas Island Resort, Kapas Island Resort, Kapas Coral Beach, Duta Puri Island Resort, dan Gems Island Resort. Di samping itu, terdapat juga tapak perkhemahan (Harmoner Camp Site) yang menawarkan kemudahan dapur peralatan dapur, bilik air, surau, dewan, elektrik dan tapak khemah. Hanya RM11 dikenakan untuk seorang bagi sewa tapak khemah.


Chalet di Pulau Kapas.



Pulau Kapas menawarkan percutian yang murah kerana kedudukannya sangat dekat dari tanah besar. Namun, percutian ke sini juga menjanjikan anda dengan pantai yang cantik, air laut yang jernih kebiruan, lambaian pohon kelapa yang gemalai, dan juga gua tempat berlindung burung layang-layang.



Tarikan yang paling utama di sini ialah hidupan marin seperti ikan, penyu dan juga batu karang. Pulau Kapas merupakan tempat percutian yang paling sesuai untuk merehatkan minda dan bersantai bersama keluarga dengan pelbagai aktiviti seperti snorkel, berkayak, berenang dan lain-lain lagi.




Untuk Maklumat Lanjut Hubungi :
019-9277758 (Wan Ismail Wan Abdullah).


Read more...

Tuesday, July 13, 2010

Taman Pertanian Negeri, Sekayu.


Taman Pertanian Negeri yang terletak di hutan Lipur Sekayu merupakan sebuah taman pertanian yang dikomersialkan utuk tujuan pelancongan di Negeri Terengganu ini. Ia terletak kira-kira 20km dari Bandar Kuala Berang.

Selain tarikan utama pengunjung ke sini untuk bermandi-manda dan menikmati udara segar, pengunjung juga boleh mengenali pelbagai jenis herba di taman herba di sini. Terdapat juga pelbagai jenis pohon buah-buahan seperti pokok durian, dokong, limau, cempedak, duku, rambutan dan lain-lain lagi. Anda boleh membeli dan menikmati buah-buahan segar di sini dengan harga yang berpatutan.


Taman air di Sekayu

Air kolam di taman air dipam dari anak sungai. Anda boleh memilih samada untuk bermandi manda di taman air atau di sungai.


Tasik di Taman Pertanian Negeri Sekayu. Pelbagai aktiviti lasak boleh dilakukan di sini seperti berkayak, flying fox, atau berenang. Pelbagai agensi kerajaan sering mengadakan perkhemahan dan aktiviti di taman pertanian Sekayu ini.



Dalam keghairahan kita bercuti atau bereakreasi, janganlah kita alpa untuk menjaga konservasi alam sekitar. Kelestarian alam sekitar haruslah dikekalkan, didiklah anak-anak kita untuk sentiasa menyayangi alam dengan tidak membuang sampah merata-rata. Alam yang indah terbentang di Negeri Terengganu ini janganlah dicemari dengan sikap tidak bertanggungjawab.





Bagaimana ke Sekayu

Read more...

Saturday, July 10, 2010

Percutian ke Pulau Perhentian


Pulau Perhentian terletak kira kira 20 km dari jeti Kuala Besut. Dengan menaiki bot laju ke sana hanya mengambil masa 1 jam setengah. Pulau ini terdiri daripada dua buah Pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.



Terdapat 13 buah resort dan chalet di Pulau perhentian Besar, dan 20 buah resort dan chalet di Pulau Perhentian Kecil. Harga chalet dan resort ini adalah dari semurah RM20 - RM580. Antara resort yang terkenal di Pulau Perhentian ini ialah Perhentian Island Resort, Coral View Island Resort, The Reef, Arwana dan lain-lain lagi.


Bermandi manda di Pantai Pulau Perhentian


Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil menawarkan beberapa kawasan snorkeling yang menakjubkan di beberapa teluk. Hidupan akuatik dan panorama batu karang yang unik menjadikan Pulau ini sebagai pilihan terbaik bagi pelancong yang gemarkan aktiviti selaman skuba dan juga snorkel.

Aktiviti snorkel di Pulau Perhentian.





Menikmati keindahan senja berlabuh di Pulau Perhentian.



Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP