Tuesday, June 29, 2010

Air Terjun Belukar Bukit, Sungai Belukar Bukit.



Air Terjun Belukar Bukit terletak kira-kira 6 kilometer dari Air Terjun Sekayu. Walaupun ia tidak sepopular Air Terjun Sekayu, ia menjadi alternatif terbaik kepada pengunjung sekiranya terlalu ramai pengunjung yang bermandi manda dan berkelah di Air Terjun Sekayu.





Sungai di Belukar Bukit ini luas dan mengalir tenang menjadi tarikan kepada pengunjung untuk berkelah dan meluangkan masa bersama keluarga. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti bermandi-manda, barbeque dan berkelah, malah anda juga boleh mendirikan khemah di sini kerana Sungai ini mempunyai beting pasir yang agak luas. Namun begitu, keadaan cuaca perlu diambil kira kerana sering terjadi fenomena 'kepala air' (air deras dari hulu sungai) ketika hujan lebat berlaku.

Read more...

Thursday, June 24, 2010

Berkhemah Di Air Berani, Pulau Perhentian


Pulau Perhentian terdiri daripada dua buah Pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Sejak dahulu lagi ia menjadi tempat rehat atau perhentian kepada bot-bot nelayan yang ingin berlindung dari monsun atau gelora laut Cina Selatan. Oleh sebab itulah, Pulau ini dinamakan Pulau Perhentian. Pulau ini juga merupakan tempat pelancongan yang menarik kerana menyajikan panorama yang indah menjadi tempat untuk pelancong menenangkan fikiran dan melupakan sejenak rutin hidup seharian. Pulau Perhentian juga terkenal di seantero dunia dan banyak dikunjungi pelancong terutamanya dari Eropah.



Di Pulau Perhentian besar ini, terdapat satu punca air tawar yang sangat menarik perhatian kerana ia membekalkan sumber air tawar semulajadi. Di Air Berani ini juga, ramai nelayan berehat dan mendapat sumber air di sini. Menurut penduduk di Pulau Perhentian, sumber air ini sangat unik kerana tidak pernah kering walau di musim panas dan ia sangat jernih, segar dan tawar, sesuai untuk diminum terus tanpa dimasak. Ia juga tidak berasa masin, walhal sumber air ini sangat dekat dengan pantai.


Banyak bot-bot nelayan yang berhenti rehat di Air Berani, Pulau Perhentian.




Berkhemah Di Air Berani, Pulau Perhentian


Pengalaman berkhemah selama 8 hari 7 malam di Air Berani, Pulau Perhentian ini menyimpan 1001 pengalaman manis yang tidak terungkap dengan kata-kata. Keindahan alam dan keunikan flora dan fauna di sini jarang didapati di tempat lain. Suatu kisah yang menarik untuk dikongsikan ialah, kisah Udang Kara di Air Berani ini, saya sendiri melihat begitu banyak udang di Kolam takungan Air Berani ini. Ketika menyuluh dengan lampu di waktu malam, dapat dilihat banyak udang yang bersaiz sederhana dan besar lari berlindung ke celah-celah batu. Menurut cerita nelayan tempatan, pernah seorang nelayan menangkap udang-udang di situ dan menggorengnya, tetapi udang itu tidak mati, malah bergerak-gerak di dalam minyak panas itu, lalu nelayan itu menghantar semula udang-udang tersebut ke Air Berani.


Melakukan aktiviti 'flying fox'.

Aktiviti 'abseiling' di Tanjung Tukah, Pulau Perhentian Besar.









Read more...

Sunday, June 20, 2010

Telaga Low Tiey


Kira-kira 300 tahun dahulu masyarakat dari Fujian, China telah menjelajah ke Nusantara di sekitar Laut China Selatan dengan perahu. Mereka telah tiba ke Kampung Tiong (kampung Cina), Kuala Terengganu ini dan telah menggali sebuah telaga. Sebelum perigi ini dibina, penduduk kampung menggunakan air sungai untuk kegunaan harian.



Bentuk telaga ini bujur dan dibina dari batu bata tanah liat. Ia mempunyai dua ruang mandi yang berasingan untuk lelaki dan wanita.




Telaga lama ini terletak di kampung Cina Kuala Terengganu.






Read more...

Kenali Muzium Daerah Dungun.

Selamat datang ke Muzium Daerah Dungun



Bangunan Muzium Daerah Dungun pada asalnya merupakan kediaman rasmi pegawai Daerah. Ia telah dibina pada tahun 1941 di lot yang bernombor 3585 dan pernah menjadi kediaman Penasihat British yang melawat Dungun suatu ketika dahulu.

Muzium Daerah Dungun ini mempamerkan pelbagai artifak dan koleksi yang menjadi ikon sejarah daerah Dungun. Antaranya ialah seramik Kapal Karam Portugis, Wanli, Bijih Besi, gelang batu dan lain-lain lagi.



Antara artifak yang dipamerkan.


Artifak dari Bangkai Kapal Wanli

Bangkai Kapal Wanli telah dijumpai di luar Pantai Tanjung Jara pada tahun 1997 oleh nelayan tempatan apabila begitu banyak balang seramik tersangkut di pukat-pukat nelayan. Hasil kajian mendapati kapal yang membawa artifak-artifak ini berasal dari Jingdezhen, China dan digunakan semasa Dinasti Ming oleh pemerintahan Maharaja Wanli (1573-1620 Masihi).


Nama Daerah Dungun diambil sempena nama pokok Dungun.



Muzium Daerah Dungun ini terletak di Pantai Teluk Lipat, Dungun dan dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Masuk adalah percuma. Untuk Maklumat lanjut hubungi 09-622 1444


Read more...

Thursday, June 17, 2010

Sejarah Bukit Tebuk, Dungun.



Pada tahun 1916, seorang ahli kajibumi Jepun telah membuat kajian di Konsesi Chemuak, Hulu Dungun. Beliau mendapati kawasan tersebut mengandungi bijih besi dalam jumlah yang banyak.



Sejak dari 1930, bijih besi mula dilombong secara besar-besaran di Bukit Besi. Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah dibina pada tahun 1935 dan disiapkan dalam tahun 1936. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa untuk mengangkut bijih besi dari Bukit Besi ke pelabuhan di Sura Gate.



Lubang keselamatan. Sekiranya keretapi melalui terowong ini, pekerja atau sesiapa yang melalui Bukit Tebuk akan menyorok di lubang ini untuk mengelakkan mereka dilanggar.



Penggunaanya sebagai laluan keretapi telah dihentikan setelah penutupan perlombongan bijih besi dan timah di Bukit Besi. Namun begitu laluan bukit ini telah digunakan penduduk setempat untuk ke Bandar Dungun.



Bagaimana ke Bukit Tebuk, Dungun, Terengganu


Klik imej untuk besarkan.

Dari Jalan Kuala Terengganu, masuk ke Jalan Bukit Besi.







Read more...

Tuesday, June 15, 2010

Memori Sukma XII Terengganu 2008


Menyaksikan Sukan Malaysia Sukma XIII Melaka 2010, mengingatkan saya kepada Sukma XII Terengganu 2008. Kejohanan Sukma ke-12 ini telah berlangsung dari 31 Mei hingga 9 Jun 2008 dan dimenangi oleh tuan rumah Terengganu. Ia merupakan Sukma terbaik pernah dianjurkan dan tidak mendapat bantahan serta kritikan dari kontinjen-kontinjen negeri lain.



Bergambar bersama Zabidi Ghazali, Pemenang pingat emas Sukma ke 12 Terengganu dengan catatan masa 10.58 saat dan telah dinobatkan sebagai raja pecut Sukma 2008. Adakah Terengganu dapat mengekalkan pingat emas di Melaka tahun ini.



Menjadi pembantu padang di Sukma merupakan pengalaman yang menarik kerana dapat menambahkan pengetahuan tentang Pengurusan Sukan.


Suasana di dalam Stadium Sultan Zainal Abidin.

Menyediakan minuman kepada atlet bertanding.


Suasana di Stadium Tertutup di mana pertandingan Sepak Takraw diadakan.



Suasana di Kolam Renang.


Merasai podium pemenang Sukma.







Read more...

Dodol Daun Palas Kampung Batangan



Kampung Batangan, Marang sangat terkenal dengan perusahaan Dodol daun palas. Dodol daun palas sangat sinonim dengan Negeri Terengganu. Ia merupakan perusahaan turun-temurun yang terdapat di Kampung Batangan, Marang, Terengganu.


Kawah dan Dapur bata tradisional yang masih digunakan.



Daud Setaffa atau lebih dikenali sebagai Pok Din merupakan anak kepada Mak Cik Esah, antara pengusaha dodol yang paling lama di kampung Batangan ini. Terdapat lebih 30 bangsal pembuat dodol di kampung ini.


Kebiasaaanya bagi sekawah dodol, 16 kilogram tepung beras digunakan, digaul bersama 2 baldi santan, 35 keping gula melaka dan juga gula.


Gula Melaka dicampurkan.



Daun palas disalai atau dijemur untuk menghilangkan kelembapan pada daun tersebut. Daun palas yang kering sempurna akan membuatkan dodol lebih tahan sekurang-kurangnya 3 bulan. Jika tidak dodol akan mudah berkulat.


Daripada warna putih, lama kelamaan warnanya bertukar menjadi warna perang gelap. Proses ini memakan masa antara 5 hingga 7 jam.

Dodol yang telah siap. Rasanya yang manis sesuai dijadikan pencuci mulut. Selain itu, dodol daun palas ini juga sesuai dijadikan buah tangan kerana lebih lama ia disimpan lebih sedap rasanya.



*Untuk Maklumat Lanjut
dan Tempahan Hubungi :
Daud Setaffa @ Pok Din
di
019-9173810
09-6186075



Bagaimana Ke Kampung Batangan, 21600 Marang, Terengganu.

Klik imej untuk besarkan

Kampung Batangan terletak kira-kira 10 km dari bandar Marang.

Read more...

Monday, June 14, 2010

Pembuatan Bubu di Perkampungan Nelayan Marang



Pulau Kekabu, Marang merupakan perkampungan nelayan yang unik. Sehingga kini ia masih dilawati oleh pelancong tidak kira dari dalam atau luar negeri. Walaupun penduduknya telah dipindahkan ke Sungai Kerak Marang, masih ada segelintir penduduk tinggal di perkampungan ini. Mereka menjalankan aktiviti ekonomi seperti menangkap ikan dan menyewakan bot untuk pemancing serta pencandat sotong. Selain itu, pembuatan bubu untuk menangkap ikan juga merupakan pemandangan biasa di sini.


Harga sebuah bubu adalah sekitar RM 100 - RM 120. Ia digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan.


Pembuatan bubu memakan masa yang agak panjang kerana pembuatannya yang rumit dan perlu dibuat dengan teliti.




Selain menggunakan pukat, nelayan juga menggunakan bubu, umpan disangkut di dalam bubu dan dilepaskan ke dasar laut. Kebiasaanya ia ditandakan dengan bendera merah atau pelampung.



Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP