Thursday, May 6, 2010

Noor Arfa : Peneraju Batik Terbesar Di Malaysia



Umum telah mengetahui bahawa batik ialah satu perusahaan kraftangan yang sangat terkenal di Terengganu. Kehalusan seni dan kualiti batik dari Terengganu ini sudah tidak boleh dinafikan lagi. Dalam usaha memartabatkan batik di persada dunia, Noor Arfa Batik sebagai sebuah syarikat pengeluar terbesar batik di negara ini telah melakukan pelbagai usaha seperti menubuhkan Kompleks Kraf Noor Arfa yang terletak di kawasan industri di Cendering, Terengganu.



Seni bina Kompleks Kraf Noor Arfa dipengaruhi oleh seni bina Melayu lama yang sangat unik ditambah pula dengan landskap yang sangat indah dan memukau pandangan.



Pelawat dapat melihat bagaimana batik dihasilkan, dari proses pewarnaan, lukisan (lukisan dengan lilin), dan pelepasan lilin. Proses ini memerlukan masa dan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan batik yang berkualiti tinggi.


Antara blok-blok batik yang dipamerkan.



Terdapat pelbagai jenis batik yang popular di Malaysia ini seperti, batik blok, batik conteng dan batik skrin. Batik sejak dari dahulu lagi telah digunakan secara meluas di dalam kehidupan masyarakat melayu. Ia digunakan dalam setiap perkara seperti sebagai pakaian, sebagai kain penghidang makanan, cadar, sarung kusyen, dan pelbagai kegunaan lagi, malah digunakan sebagai kain penutup jenazah. Ini membuktikan bahawa batik sangat dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu Tradisional khususnya.




Pengunjung bukan sahaja dapat melihat bagaimana proses batik dihasilkan, malah dapat juga melihat proses-proses pembuatan kraftangan lain seperti pembuatan wau, penghasilan kraftangan dari kristal dan pembuatan 'key chain' di ruang bawah Kompleks Kraf Noor Arfa.





0 comments:

Share |

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP